[Video]Kanak Kanak 7 Tahun MninggaI Dunia Dipercayai Did3ra lbu Kndung Dan Bapa Tlri.

Melaka: Seorang kanak-kanak ditemukan mninggaI dunia dalam t0ng air di rumahnya di Taman Krub0ng Jaya, di sini, dengan kesan ceder4 dan Iebam di angg0ta b4dan, petang hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai dider4 ibu dan bapa tlrinya.

Ketua Jabatan Slasatan Jnayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kira-kira 4 petang, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat PoIis Daerah (lPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya Iemas di dalam t0ng air di rumahnya.

Bagaimanapun, katanya, slasatan di tempat kejadian, poIis mendapati ada kesan Iebam serta keceder4an di angg0ta bdan kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan Ianjut mendapati mngsa diceder4kan. Susulan itu, ibu dan bapa t1ri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun dit4han.

“Myat mngsa dibawa ke Jabatan F0rensik H0spital Melaka untuk bed4h slasat dan kertas slasatan dibuka mengikut Sksyen 302 Kanvn Kesksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, poIis akan membuat permohonan rem4n ke atas svspek di Mhkamah Ayer Ker0h esok.

Kisah kanak kanak terbabit pernah tuIar sebeIum ini apabila keluarga angkat yang menjaga dirinya dari kecil terpksa menyerahkan dia kembali kepada keluarga kandung. Perk0ngsian video berkenaan membuatkan ramai netizen sbak.

Salam tkziah, damailah disana wahai anak syurga. Al Fatihah.

Video:

” Saya menyesal tak pertahankan hak jaga Amir..”-Ibu Angkat Akan Tuntut Jenaz4h Anak Untuk Di Kebumikan Di Rawang.

KALAU sudah bergelar ibu, perasaan sayang terhadap anak kandung, anak tiri mahupun anak angkat seolah-olah tiada bezanya.

Bagi wanita ini, kenyataan yang harus diterima apabila terpaksa berpisah dengan anak angkat terlalu perit untuk diungkapkan. Apatah lagi anak angkat tersebut dipelihara sejak bayi lagi sehingga usianya hampir menjangkau enam tahun.

Tiada daya upayanya untuk menghalang hak mutlak ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang akhirnya mengambil semula anak lelakinya itu.

Namun, amat menyayat hati  selepas  3 bulan anak di serahkan kepada ibu kandung di beritakan anak itu m4.ti di der4 oleh ibu sendiri.

Keluarga Norlida menatang Amir bagai minyak yang penuh.

Norlida Abu Hassan berasa terkilan dan meluahkan kekesalan tidak mempertahankan hak anak itu dari di serahkan kepada ibunya.

“Saya rasa menyesal kerasa saya sepatutnya mempertahankan (hak untuk terus menjaga arwh) , saya juga faham perasaan ibu kandung yang rindukan arwah ..”

Norlida turut berkata sewaktu mengambil arwh, tiada membuat apa-apa perjanjian dan kami menerima seadanya dan merasanya arwh membawa sinar buat keluarganya.

doakan kami dipermudahkan urusan untuk tuntut jenazah bawak balik kebumi di rawang

Posted by Tuhfah Nazihah Tarmidi on Friday, January 29, 2021

Menyingkap kembali bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.

“Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun. Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang,” kata wanita berusia 50 tahun ini.

“Ibunya adalah rakan kolej anak saya. Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar.

“Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak. Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri.

“Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang… belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti.

Anak-anak kandung Norlida melayan Amir seperti adik bongsu mereka.

“Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula. Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka,” cerita ibu kepada lima cahaya mata ini.

Namun kata Norlida, dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember akan datang.

“Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas. Pada mulanya nak awalkan sikit sambut hari jadi dia sebelum hujung Oktober ini, namun apakan daya.

“Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir. Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata.

Norlida tidak mampu melihat gambar atau barangan milik Amir kerana mudah tersentuh.

“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya. Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya,” katanya.

Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan keluarga angkat yang turut melalui situasi sama sepertinya, Norlida turut menitipkan nasihat kepada mereka yang berkenaan agar belajar untuk reda.

“Bagi mereka yang memelihara anak angkat, kena bersedia kerana anak tersebut memang bukan anak kandung kita. Kena faham hakikat tersebut. Lapangkan hati dan tanamkan dalam jiwa bahawa kita sedang menjaga rahmat Allah,” akhirinya.

Video kenangan Arwh ketika masih kecil

https://www.facebook.com/100002425641255/videos/1226930137397829

sumber : mstar/ fb Tuhfah Nazihah Tarmidi