[VIDEO]Tak Puas Hati Kereta Kena Tarik, Wanita Menjerit Dan Ludah Abang Towing

Kesalahan parkir kereta di tempat yang tidak dibenarkan boleh dikenakan saman, tayar dikunci atau lebih teruk lagi kenderaan bakal ditarik oleh pengutkuasa tempatan. Pihak berkuasa memandang serius kesalahan ini terutama di kawasan tumpuan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Melalui video perkongsian Anne di Twitter, memaparkan seorang wanita bertindak luar kawalan apabila keretanya bakal ditarik selepas disyaki diparkir di kawasan yang tidak dibenarkan. Sehubungan dengan itu, terdapat individu yang cuba untuk menenagkan wanita tersebut. Namun individu tersebut turut diludah dan dipukul beberapa kali oleh wanita berkenaan.

Yang tolong pun kena ludah & pukul

https://twitter.com/Duurianne/status/1225332116776316928?s=19

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sungai Buloh, Selangor itu menunjukkan sebuah lori tarik kereta cuba untuk menarik kenderaan yang parkir di kawasan larangan. Namun begitu, wanita yang dikatakan pemilik kereta itu bertindak luar kawalan dengan menjerit dan membaling kon selepas meludah beberapa individu di situ.

Tak jadi tarik

Keadaan menjadi tidak terkawal selepas wanita itu tidak dapat mengawal dirinya dan meronta-ronta untuk pihak berkuasa tidak menarik keretanya. Oleh hal sedemikian, pihak berkuasa tempatan terpaksa membatalkan hasrat untuk menarik kereta tersebut kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh.

Selamat RM300

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.