Viral Video ‘Hempuk’ Customer Guna Board, Akhirnya Gadis Cashier Ini Buka Mulut

Sejak semalam, seorang gadis yang bekerja sebagai cashier di sebuah kedai serbaneka telah menjadi viral di media sosial. Semuanya berpunca daripada sebuah rakaman yang menunjukkan dia sedang ‘naik angin’ sehingga bertindak membaling board kepada pelanggan berkenaan. Selepas itu, ramai juga netizen yang memberikan reaksi dan pendapat masing-masing. Kemudian, gadis ini akhirnya tampil membuka mulut dan mendedahkan kejadian yang sebenar!

Dia tak beratur jadi dia bukan keutamaan saya.

Pertamanya, gadis ini meminta maaf di atas kekasaran yang jelas dilihat dalam video itu. Menurutnya, ketika itu dia sedang menjalankan tugasnya di kaunter dan melayani pelanggan lain. Selepas itu, datang pula pelanggan (si perakam) yang tiba-tiba menyuruh gadis ini mencapai barang berdekatan kaunter. Meskipun tidak beratur, dia tetap mengambil barang yang mahu dilihat oleh pelanggan berkenaan. Namun begitu, gadis ini terpaksa mengutamakan pelanggan lain yang sudah beratur daripada awal lagi.

Cashier tu tengah serve customer…Yang kau berdiri macam patung buat apa?

Apabila sampai giliran, pelanggan tersebut mula meninggikan suara dan mengeluarkan telefon bimbit untuk mula merakam. Dek kerana diherdik dengan panggilan yang agak keterlaluan, gadis ini gagal menahan sabar lalu bertindak sedemikian rupa. Sebenarnya, ada orang lain yang menyaksikan kejadian itu di depan matanya sendiri.

Masa berbincang semalam pun dia still nak menang

Bagi menyelesaikan segalanya, mereka semua berpakat untuk duduk berbincang. Malangnya, respon yang diberikan oleh pihak pelanggan tersebut agak mengecewakan dan ada juga unsur putar-belit yang mengeruhkan lagi keadaan. Tegasnya gadis ini lagi, dia tidak takut dengan ‘usaha’ memburukkan maruahnya.

Sumber: kisah dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*