Wajah dihina masa ‘live’, gadis tampil cantik lepas jurusolek buat transformasi

Minggu lepas, seorang gadis meraih perhatian warganet apabila video ‘live’ solekannya di TikTok dikecam dan dihina oleh beberapa pengguna laman aplikasi berkenaan yang disifatkan biadab.

Gadis yang dikenali sebagai Sobah Rajaai itu berasa kecewa apabila wajahnya disamakan seperti seekor haiwan. Lebih menyedihkan apabila keluarganya turut sama terpalit sama.

“Saya boleh bersabar lagi jika mereka (warganet) menge.cam fizikal saya tetapi jadi sedih dan marah apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama menlnggal dunia,” kata mngsa ‘faceshamlng’, Nurul Janatul Sobah Rajaai.

Nurul Janatul, 21, yang menetap di Bagan Datoh, Perak menerima kec.aman hebat warganet berhubung paras rupanya ketika bersiaran langsung di TikTok, tengah hari kelmarin.

Bercerita lanjut, Nurul Janatul berkata, inslden itu berlaku ketika dia berkongsi teknik solekan wajah dengan pengikutnya di aplikasi berkenaan.

“Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan.

“Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorlal sudah ada yang meng.ecam dan menyamakan wajah saya dengan khlnzir dan smpah.

“Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya.

“Biarpun dik.ecam, saya teruskan tutorlal dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentlkan siaran langsung selepas sejam.

“Tlndakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka (warganet) tetapi geramm apabila ada yang sanggup menghlna hingga mempermalnkan keluarga saya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nurul Janatul, dia tidak tahu kisahnya itu tular sehingga menerima kiriman mesej daripada seorang pengikutnya di Instagram (IG).

Nurul Janatul berkata, pada mulanya dia memang berhasrat membuat lap0ran polis susulan apa yang berlaku.

“Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dlnyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan lsu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tlndakan,” katanya.

Nurul Janatul berkata, dia bukan peniaga alat solek sebaliknya meminati bidang solekan sejak berusia 18 tahun dan ada kalanya membuat ulasan mengenai produk digunakannnya.

“Saya membuka akaun TikTok sejak tiga tahun lalu dan aktif memuat naik pelbagai video secara rakaman serta siaran langsung yang lazimnya berkaitan hobi saya iaitu solekan.

“Memang saya ada menerima komen negatlf sebelum ini namun kelmarin adalah yang paling truk,” katanya.

“Saya terima apa yang berlaku ini sebagai ujian dan terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat termasuk daripada penyanyi Yuna dan Aizat Amdan menerusi ciapan mereka di Twitter,” katanya.

Tampil cantik lepas jurusolek buat transformasi

Selepas kejadian itu, seorang jurusolek Syakirah Syabari berkongsi gambar dan video solekan yang dilakukan terhadap wajah gadis berkenaan. Sememangnya sangat cantik!

Syakirah memuat naik gambar dan video perubahan wajah Sobah sewaktu mengenakan solekan dan busana yang kelihatan ringkas tetapi dapat menyerlahkan lagi aura menawan Sobah.

Sesi solekan berkenaan dirakam secara ‘Live’ di laman sosial Facebook milik Syakirah. Majoriti warganet terpegun dengan kecantikan gadis itu dan memuji sentuhan solekan pada bahagian kening, mata, hidung dan pipi Sobah yang kelihatan sangat kemas.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda, berkata baik atau diam. Kalau tiada perkataan baik yang mahu diluahkan, lebih baik kunci mulut dan ‘kunci’ jari-jemari kita daripada menaip kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.

Sumber: Facebook Syakirah Syabari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber