Wani Kayrie dedah apa yang dia nampak di belakang semasa konsert terakhir arwah Sandra Dianne

KUALA LUMPUR: Teman seangkatan Allahyrham Sandra Dianne berduka atas pemergian penyanyi kelahiran Sabah itu dan tidak akan melupakan detik indah bersama arwah.

Penyanyi Wani Kayrie terkenang detik bersama arwah ketika menjayakan konsert minggu ketiga program realiti, Big Stage 2020, dua minggu lalu.

Ketika itu, Wani menjadi artis jemputan dan digandingkan dengan peserta program itu, Dinie Rashid. Arwh pula berduet dengan penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid.

Wani mengimbas kenangan ketika berada di belakang pentas memerhatikan arwh membuat persiapan terakhir sebelum segmen bermula.

“Saya perhatikan arwh sangat gementar hendak membuat persembahan dan tampak risau. Ketika itu, ramai peserta bimbang kerana Sandra berada pada kedudukan corot.

“Namun, sebaik selesai membuat persembahan, arwh tampak puas dapat melakukannya sehabis baik,” katanya.

Meluahkan entri dalam Instagram (IG), Wani bersyukur dapat berbual panjang dengan arwh pada sesi latihan dan malam persembahan.

“Tanggal 29 Ogos lalu akan saya kenang sebagai momen indah bersama arwh.

“Arwh adalah rakan seangkatan di mana karier kami bermula pada 2015. Kami sama-sama menapak dalam industri. Kami juga banyak membuat persembahan pada acara sama.

“Biarpun ketika itu, lagu kami lebih dikenali daripada diri sendiri, kami tidak patah semangat dan terus menyanyi.

“Ketika beraksi di pentas Big Stage 2020, kami bercerita dan bergelak ketawa mengenang kisah lama,” katanya.

Wani teruja apabila mendapat tahu Sandra menyertai Big Stage 2020.

“Rezeki arwh dapat masuk pertandingan itu. Saya fikir arwah boleh menjadi finalis kerana percaya kepada bakat dan kebolehannya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Sarah Fazny menyifatkan arwh insan baik hati.

“Perjuangannya dalam industri sudah berakhir. Tapi doa daripada orang yang mengenalinya, tidak akan berakhir.

“Arwh baik hati, tidak suka bercakap mengenai orang lain dan sentiasa positif,” katanya.

Sarah teringat detik kenderaan dinaiki mereka kehabisan petrol dan tidak dapat menjayakan sesi fotografi bersama berikutan insiden itu, tidak lama dahulu.

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya, Allahyarham Sandra menggal dunia di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi tadi.

Allahyrham dijangka dikebumikan di Tuaran, Sabah, petang ini.

Sumber bhariam