Warga Asing Sengaja Burukkan Imej Negara Akan Diusir Serta Merta

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  menegaskan warga asing yang menetap di Malaysia akan dibatalkan kelulusan pas mereka jika didapati meluahkan kenyataan bertujuan menghina, memburukkan nama dan imej Malaysia.

Datuk Khairul Dzaimee Daud selaku Ketua Pengarah Imigiresen meminta warga luar yang memegang pas jangka masa panjang untuk berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur kecaman dan hinaan terhadap Negara ini.

Datuk Khairul berkata di Bernama bahawa “Mereka berdepan ris1ko pembataIan pas dan akan diminta meninggaIkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan membvruk-bvrukkan imej Malaysia,”

Beliau menghadiri sidang media tersebut untuk memberi sepatah dua kata berkenaan dokumentari yang dilakukan oleh Berita AlJazeera yang dituduh memberi maklumat salah dimata dunia.

Datuk Khairul Dzaimee berkata bahawa fakta yang digunakan oleh Al Jazeera mengatakan Malaysia bertindak rasis dan tidak berperikemanusiaan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah tidak benar sama sekali.

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lepas telah memeriksa seramai 3,352 warga as1ng, namun jumlah yang dit4han untuk sias@tan lanjut hanya 586 orang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memberi raw@tan secara percuma kepada 773 warga as1ng yang didapati p0sitif C0VlD-19 di Depot Tah4nan lmigresen (DTI) dan terdapat kedutaan as1ng yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya.

Al Jazeera agenda haluan kiri

Terdahulu Al Jazeera telah menerbitkan video dokumentari  mengenai pendatang asing yang tular baru-baru ini. Majoriti rakyat Malaysia pasti telah menontonnya.

Memang jelas bahawa Al Jazeera telah membuat laporan yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia seolah-olah mereka ini ‘menghalalkan’ sindiket pendatang haram tanpa izin yang sedang parah di Malaysia. Negara manakah yang membenarkan pendatang asing haram masuk dan berkeliaran sesuka hati? Adakah semuanya boleh menjadi ‘halal’ di atas nama hak asasi? Selepas ini apa pula yang mahu ‘dihalalkan’ dan memaksa orang lain untuk menerimanya?

Pihak polis perlu siasat. Jangan lupa, memang ini taktik biasa sesetengah pihak apabila desakan dan propaganda mereka melalui media-media haluan kiri tempatan tidak didengari, maka mereka akan menggunakan media dan pentas antarabangsa bagi menekan negara pula.

Teruskan menyokong segala usaha membanteras pendatang haram dan segala usaha bagi memelihara kedaulatan negara!

Sumber: BERNAMA