Warga Rohingya salahguna nama, pemilik jeruk mangga buat laporan polis

PETALING JAYA- Pemilik Mangga Asam Boi Honeyy tampil membuat laporan polis semalam susulan penularan isu penjualan air kelapa oleh warga Rohingya yang menggunakan jenama produk itu.

Menerusi status Facebook dimuat naik pemilik produk jeruk itu, pihaknya menafikan sekerasnya terlibat dengan penjualan air kelapa oleh warga asing berkenaan.

Assalamualaikum.. saya pemilik Mangga Asam Boi Honeyy ingin membuat kenyataan rasmi berkenaan isu Viral penjualan Air Kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini. Di sini saya menafikan sekerasnya berkenaan penglibatan saya terhadap isu Viral ini.

“Untuk makluman saya hanya menjual mangga asam boi di Seri Kembangan, Selangor saja, diharap kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaan serta meredakan perasaan orang awam di Dungun dan Seri Kembangan.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memaklumkan saya tentang isu ini,” katanya.

Pemilik Mangga Asam Boi Honeyy telah membuat laporan PDRM berkenaan isu viral penjualan Air Kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini. Penjual tersebut telah menyalahgunakan jenama dan juga nombor telefon bagi mengelirukan pembeli..

Pemilik Mangga Asam Boi Honeyy telah membuat laporan PDRM berkenaan isu viral penjualan Air Kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini. Penjual tersebut telah menyalahgunakan jenama dan juga nombor telefon bagi mengelirukan pembeli..Rujuk post awal tadi : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1820637321447303&id=223545897823128#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, February 15, 2021

 

 

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 3 minit 30 saat menunjukkan dua orang warga Rohingya menyediakan jualan air kelapa di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Video dipercayai dirakam di sekitar persimpangan jalan 16 Sierra, Puchong itu turut menunjukkan penyediaan air kelapa yang kotor serta diragui tahap kebersihan.

Kedua-dua individu itu turut menggunakan logo jualan pemilik Honey Asam Boi dengan menyertakan nombor telefon hingga mencetuskan kekeliruan pembeli.

Butir laporan.

Video yang tular sebelumnya.

Aduan pengguna jalan raya terdapat warga asing menjual air kelapa yang mana mutu kebersihan sangatlah diragui. Mohon pihak berwajib pantau aktiviti mereka ini.. Lokasi : persimpangan D'Alpinia/16 Sierra #inforoadblock

Aduan pengguna jalan raya terdapat warga asing menjual air kelapa yang mana mutu kebersihan sangatlah diragui. Mohon pihak berwajib pantau aktiviti mereka ini..Lokasi : persimpangan D'Alpinia/16 Sierra#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, February 15, 2021

 

 

Sumber-K! ONLINE