Yusry KRU, Habsah Dan Nora Terima Gelaran Datuk, Ini Jasa Mereka Selama Ini

TIGA karyawan iaitu Habsah Hasan, Yusry Abdul Halim dan Nora Ariffin antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

Habsah Hasan

Habsah merupakan penulis lirik dan telah menghasilkan 1,300 buah lirik lagu termasuk lagu bertemakan kenegaraan, nasyid dan korporat.

Tidak hanya berbakat dalam penghasilan lirik lagu, figura berusia 72 tahun itu juga berkebolehan menulis skrip, sajak dan kini aktif dalam dunia belakang tabir sebagai penerbit.

Yusry KRU

Yusry pula cukup dikenali bersama adik-beradiknya menerusi trio KRU dan turut aktif dalam dunia lakonan serta belakang tabir sebagai pengarah drama, filem dan juga muzik video.

Nora Ariffin

Dalam pada itu, Nora sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian sudah memperoleh pelbagai pengiktirafan sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Menurut Annuar, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pand3mik C0vid-19.

Nora dedikasi kejayaan kepada arwah Johan

Penyanyi Nora Ariffin menyifatkan gelaran Datuk yang dikurniakan sebagai pengiktirafan negara terhadap sumbangan suami, Allahyarham Johan Nawawi, sepanjang tiga dekad berjuang dalam industri seni.

Dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Ariffin, 47, berkongsi kejayaan itu bersama arwah suami yang bertanggungjawab atas pencapaian kariernya.

Hanya rasa syukur mampu saya lafazkan. Saya tergamam dan tidak tahu hendak cakap apa.

“Menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Baginda.

“Nora juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atas anugerah yang dikurniakan ini.

“Pengiktirafan ini adalah pencapaian kami kerana arwah yang membawa saya masuk dan memperkenalkan nama saya dalam bidang seni dan budaya ini.

“Kalaulah arwah masih ada, tentu kami dapat sama-sama meraikan kejayaan ini… Saya sangat merinduinya,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.

Allahyarham Johan meningg4l dunia pada Mac 2017 akibat ser4ngan j4ntung.

Penyanyi Hanya Satu dan Renungan Terakhir ini mengaku gelaran diberi datang bersama tanggungjawab yang cukup besar.

“Pada saya, anugerah ini amanah dan tanggungjawab buat saya. Ia memberikan saya semangat untuk terus aktif dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya.

Selain Nora, dua penggiat seni lain yang dikurniakan gelaran Datuk adalah penerbit dan penulis lirik tersohor, Habsah hassan dan pengarah, komposer, penyanyi dan pelakon, Yusry Abdul Halim.

“Saya dikhabarkan Kak Chah (Habsah) juga mendapat gelaran Datuk. Saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya kerana beliau layak,” ujarnya dalam nada teruja.

Nora mula mengorak langkah dalam dunia seni selepas menjuarai Bintang HMI pada 1991.

Namanya mula mendaki carta populariti menerusi lagu Di Persimpangan Dilema yang dipetik daripada album pertama berjudul Sandiwara yang diterbitkan pada 1994.

Sumber : SinarPluss

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!