Biawak Gergasi Menceroboh Masuk Kedai Serbaneka, Pelanggan Dan Pekerja Terpaksa Sembunyi Bawah Meja

Kedai serbaneka 24 jam yang popular iaitu 7-Eleven dikejutkan dengan kehadiran satu ‘pelanggan’ yang tidak diduga yang rupaya seekor biawak gergasi sepanjang hampir 2 meter! Biawak tersebut dipercayai keluar dari saluran parit yang berdekatan sebelum menceroboh masuk ke dalam kedai.

Insiden yang berlaku di sebuah premis di Nakhon Pathom, Thailand itu mengejutkan para pelanggan dan membuat keadaan jadi kacau apabila biayak tersebut bergerak secara bebas dan naik keatas rak-rak di kedai tersebut.

Seorang pengunjung kedai yang dikenali sebagai Narumpa Tangsin telah merakamkan detik-detik biawak gergasi berkenaan di dalam kedai. Menurutnya, walaupun pada awalnya dia teringin untuk mendekati biawak tersebut namun dia membatalkan hasrat kerana takut biawak itu menjadi agresif lebih-lebih lagi biawak menjadi lebih berbahaya jika sedang kelaparan.

“Saya berhenti di kedai ini untuk membeli makanan dan kemudian melihat biawak besar di dalamnya.

“Malah, saya ingin mengambil minuman tetapi reptilia itu terlalu dekat dengan lorong minuman.

“Biawak ini boleh menjadi bahaya terutama ketika marah, jadi saya diam saja dan merakamnya menggunakan telefon bimbit saya,” ujar Narumpa Tangsin.

Kehadiran biawak itu juga menyebabkan beberapa pengunjung dan pekerja menjadi panik dan ada diantaranya bersembunyi bawah meja. Dalam video yang tular, biawak tersebut didapati telah naik ke atas rak dan menjatuhkan beberapa barangan seperti kotak susu ke bawah lantai.

VIDEO:

Seorang pekerja telah menelefon pihak polis untuk mendapatkan pertolongan dan akhirnya biawak tersebut berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari kedai dengan selamat. Punca biawak itu masuk ke kedai serbaneka tersebut adalah dipercayai sebab lapar dan mencari makanan.

sumber: Allheboh