Budak 3 tahun disahkan rabun kerana kerap menonton kartun di telefon bimbit

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya.

Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari.

Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di smartphone oleh penjaganya.

Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap pengelihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa memakai cermin mata.

Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah pengelihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya.

Tetapi jika mereka terus membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko mengalami masalah mata yang serius termasuk buta pengelihatan.

Sumber: Setn, World of Buzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*