Cebisan daging dipercayai milik penumpang Sriwijaya Air ditemui di laut

JAKARTA – Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia menjumpai cebisan daging yang dipercayai milik penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang terputus hubungan petang tadi, lapor Tribunnews.com sebentar tadi.

Sebuah kapal peronda daripada Kementerian Informasi Maklumat menjumpai cebisan daging itu di lokasi yang disyaki menjadi tempat pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terh3mpas di Kepulauan Seribu, lewat petang Sabtu.

Kapten kapal, Eko memberitahu dia menerima laporan daripada nelayan yang terdengar satu letup4n kuat seperti bunyi kilat lalu bergerak menuju ke lokasi yang didakwa untuk pemeriksaan lanjut.

“Ada sepotong daging ditemui di terapung di atas air, mungkin daripada tubuh manusia,” kata Eko kepada stesen televisyen, TV One.

Selain itu, Eko turut menjumpai kesan bahan bakar pesawat di lokasi dipercayai kapal terbang itu terh3mpas.

“Ada (kesan) bahan bak4r pesawat dilihat di air laut yang mempunyai kedalaman sekitar 15 hingga 16 meter,” katanya.

Terdahulu, sebuah penerbangan Sriwijaya Air yang dalam penerbangan di laluan Jakarta-Pontianak dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan empat minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng menuju ke Pontianak.

Nelayan nampak api memb4kar pesawat

Menurut Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Junaedi, ada nelayan yang melihat pesawat itu terh3mpas dan mendengar penumpang menjerit meminta tolong.

Nelayan itu juga mendakwa melihat api memb4kar pesawat yang terh3mpas.

“Orang kampung mendapat laporan daripada nelayan yang mengatakan mereka mendengar orang menjerit meminta tolong serta ada kebakaran yang berlaku di tengah laut,” kata Junaedi kepada TribunJakarta.com, sebentar tadi.