Cubaan Lari Dari Peπjara Gagal, Ketua Gang ster Menyamar Jadi Perempuan Kant0i Kerana Suara Garau..

Sesetengah orang memang ada kepakaran dalam penyamaran. Tapi bagi, Francisco Herrera Argueta, 55, ternyata dia masih memerlukan banyak latihan.

Francisco atau lebih dikenali sebagai Don Chico merupakan ketua gang ster dan dipen jarakan sejak September 2015 selepas didapati bersalah membu nuh dan memiliki sen jata api.

Seorang wanita, Jacinta Elvira Araujo telah tertinggal kad identitinya di pondok pengawal ketika memasuki kawasan pen jara pada Ahad petang. Disebabkan itu, Francisco telah membuat perancangan untuk menyamar sebagai seorang pelawat perempuan di penjara San Pedro Sula, Honduras itu.

Rabu lalu, dia telah membuat percubaan untuk melarikan diri dari pen jara bersama-sama dengan bandu an lain ketika waktu melawat. Namun percubaannya itu telah gagal!

Francisco telah berpakaian seperti seorang perempuan dengan mengenakan skirt panjang, rambut palsu berwarna blonde berserta kaca mata hitam. Bukan itu sahaja, dia turut memakai payudara palsu, pewarna kuku dan solek mukanya dengan pemerah pipi.

Meskipun semuanya sudah kelihatan sempurna untuknya menyamar sebagai perempuan, namun, Francisco telah terlupa tentang satu perkara iaitu bagaimana untuk bercakap dengan suara perempuan.

Semuanya berjalan lancar pada mulanya namun ketika tiba gilirannya untuk mengambil kad identiti di pintu keluar penjara, pengawal keselamatan mendapat tahu selepas mendengar suaranya yang garau. Haha!

Bukan itu sahaja, pegawai polis bertugas ketika itu turut perasan caranya berjalan yang kelakar kerana berusaha mengorak langkah ketika memakai kasut tumit tinggi. Mestilah, tak biasa kannnn…

Meskipun berjaya melepasi beberapa pemeriksaan keselamatan dalam perjalanan untuk mengambil kad identiti itu, namun ketika hanya tinggal satu saja langkah untuknya melarikan diri, usaha dan perancangannya itu musnah. Mesti dia dah excited habis sebab hampir berjaya lari kan!

Menurut pegawai penj ara, Francisco kini bakal berdepan hukuman kerana cuba melarikan diri dan mungkin dipindahkan ke penjara el Pozo di Santa Barbara atau lebih dikenali sebagai penjara paling berbahaya di Honduras. Haa kan dah kena!

Tak dapat nak bayangkan cara dia berjalan pakai kasut tumit tinggi tu! Hahaha!

Sumber : lobakmanis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.