Dahsyat! Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat dan Para Nabi

Ningsih Tinampi, merupakan Dukun Wanita yang mendakwa mampu memanggil Malaikat dan juga Nabi Muhammad SAW. Pengakuan Ningsih itu menjadi kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Indonesia.

Menurut Portal Warta Ekonomi, orang ramai termasuk pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau UAS menganggap wanita itu telah terpesong.

Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat

Ketika mendakwa memanggil malaikat dan nabi, wanita yang membuka pusat rawatan di Pasuruan, Jawa Timur itu menggunakan medium orang lain. Menurut Ningsih, wanita yang dia gunakan sebagai medium mempunyai deria keenam dan dapat menjadi saksi bahawa malaikat dan nabi benar-benar datang ketika dipanggil.

Tidak lama selepas Ningsih berdoa dan membaca ayat-ayat tertentu, medium atau orang perantaraannya mula menangis kerana dia mendakwa melihat para malaikat dan nabi. Namun yang demikian, menurut UAS, apa yang dipanggil dukun wanita itu bukanlah seorang malaikat, tetapi makhluk jin. Begitu juga dengan apa yang dilihat oleh orang yang menjadi perantaraannya.

“Wanita perantaraan itu sebenarnya tidak mempunyai deria ke 6, sebaliknya ia dimiliki oleh syaitan. Jin telah masuk ke matanya,” kata UAS lagi.

UAS menjelaskan, malaikat merupakan makhluk yang bersayap. Dan jarak dari satu sayap ke satu sayap lain seperti jaraknya dari Timur ke Barat. Malah, Nabi SAW sendiri tidak pernah melihat Malaikat Jibril dalam bentuknya yang penuh ketikadi dunia. Jibril akan muncul dalam bentuk sempurna ketika Isra ‘Mi’raj di Sidratul Muntaha.

Walaupun memohon maaf namun Ningsih tetap dengan apa yang didakwanya

Menurut UAS, apa yang didakwa oleh wanita itu seratus peratus adalah jin, bukannya malaikat. “Roh yang baik-baik letaknya di Illiyyin manakala yang sebaliknya adalah Sijjin. Bermakna apa yang dipanggilnya itu adalah Jin”.

“Kalau orang yang telah meninggal, biasanya orang ramai akan mengatakan semangatnya yang menghantuinya. Sebenarnya itu bukan semangat tetapi jin”. Jelas UAS lagi.

Wanita tersebut menerima kecaman hebat daripada masyarakat Islam di indonesia dan mengggesa supaya Ningsih bertaubat. Ningsih ada membuat permohonan maaf selepas itu namun beliau tetap mempertahankan dakwaannya.

Katanya: “Allah memang memberiku kelebihan itu dengan tujuan agar boleh mengingatkan orang ramai kembali tentang ajaran Islam”.

Beliau menambah bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan Rasulullah SAW, kerana dirinya diutuskan untuk melakukan perkara sedemikian.

Semoga Ningsih mendapat petunjuk yang sebenar daripada Allah SWT. Wallahu a’lam. Apa komen anda tentang dakwaan dukun wanita mampu panggil Malaikat dan Nabi SAW ketika berubat ini? Sila LIKE dan SHARE ya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.