Gadis 18 tahun Menolak 10 Lamaran Demi Kahwin Dengan Lelaki 62 Tahun

Memetik portal Detik.com, Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata, majlis perkahwinan pengantin lelaki, yang 44 tahun lebih tua daripada pengantin perempuan berlangsung mengikut adat suku kaum Makassar.

“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Zainal.

Sementara media tempatan melaporkan, Sulaeman memberikan wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45), satu set barangan kemas serta 300 kilogram (kg) beras kepada pengantin perempuan.

Berkongsi lanjut mengenai kisah cinta, Sulaeman berkata, pertama kali dia bertemu dengan gadis muda itu setahun lalu iaitu dua bulan selepas isterinya mennggaI dunia.

Ketika itu Sulaeman datang ke rumah bapa Diana, Daeng Caco, 50, yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi.

“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman.

Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.

Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana

‘Sepanjang lebaran ini, saya telah menerima 10 lamaran tetap saya tolak mereka kerana tidak tertarik langsung kepada mereka”

Ibu kandung Diana sudah mennggaI dunia pada tahun 2007.

Diana merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Jamaluddin yang berusia 21 tahun sudah mendirikan rumah tangga, sementara adik bongsunya, Riswandi, 14, tinggal bersama Diana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.