Gajah uzur kurus kering berusia 70 tahun dipaksa bekerja 10 malam berturut-turut

Gajah sangat sinonim dengan Thailand, sesiapa sahaja yang melancong ke negara itu pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menunggang gajah.

Kita berasa seronok dan teruja apabila menaiki haiwan ini tanpa kita memikirkan bagaimana haiwan ini mudah dijinakkan sedangkan haiwan ini terkenal dengan gelaran mudah member0ntak atau naik minyak.

Namun dalam keseronokan para pelancong menunggang gajah, hakikatnya ada sisi gelap mengenai haiwan yang masih ramai yang tidak mengetahui.

Gajah diperlakukan dengan kej4m

Gajah berusia 70 tahun bernama Tikiri dipaksa berjalan jarak jauh setiap malam agar orang ramai dapat berasa ‘dirahmati’ dalam satu upacara keagamaan.

Gajah betina itu terlalu kurus sehingga boleh menampakkan tulang-temulangnya di sebalik kulitnya yang sudah dimamah usia. Tetapi haiwan itu dipakaikan dengan kostum berwarna-warni semata-mata untuk menjayakan upacara tersebut tanpa diketahui oleh orang ramai keadaan sebenarnya yang ters3ksa.

Lek Chailert, pengasas Save Elephant Foundation, organisasi yang menyelamatkan gajah di Thailand berkata, Tikiri adalah salah seekor gajah dari 60 ekor gajah yang dipaksa bekerja selama 10 malam berturut-turut di Esala Perahera, salah satu festival Buddha yang tertua, menampilkan pemakan api, penari dan gajah yang dihiasi dengan mewah di Kandy, Sri Lanka.

“Tikiri menyertai perarakan sejak awal petang sehingga larut malam setiap hari selama 10 malam berturut-turut di tengah-tengah bunyi bising, acara mercun dan asap. Dia banyak berjalan jauh setiap malam agar orang akan merasa diberkati semasa upacara itu.

“Tiada sesiapa yang dapat melihat badannya yang kurus dan kerdil serta lemah itu dan tiada sesiapa yang melihat air matanya yang ced3ra oleh lampu terang yang menghiasi topengnya. Tiada sesiapa yang melihat kesukaran untuk dia melangkah di mana kakinya diletak sesuatu agar dia bergerak perlahan.

“Bagaimana kita boleh katakan perbuatan ini sebagai memberi kerahmatan kepada mereka yang lain jika kita meny3ksa haiwan ini?” katanya.

Sementara itu, jurucakap penganjur festival itu berkata, mereka selalu menjaga kebajikan haiwan itu dan mengesahkan Tikiri telah dibawa berjumpa dengan doktor haiwan.

Jinak supaya ikut arahan

Difahamkan, demi untuk memenuhi permintaan pelancong yang mahu menggunakan khidmata gajah, para pelatih gajah selalunya akan menjinakan haiwan tersebut terlebih dahulu supaya boleh mengikut arahan.

Lebih k3jam, lagi dalam proses menjinakkan haiwan itu yang digelar sebagai Phajaan, memerlukan penjinak menggunakan objek t4jam dikenali sebagai Bullhorn untuk mencvcuk gajah-gajah tersebut agar mengikut arahan.

“Kebanyakan di antara mereka, khususnya yang melawan dengan lebih kuat, akhirnya menemui ajaI kerana mengalami kejutan, kekurangan air, mengalami tekanan luar biasa dan mend3rita Iuka p4rah. S3ksaan yang dikenakan itu tidak akan dihentikan hingga gajah-gajah itu dinilai sudah ‘hancur’atau patuh sepenuhnya,” tulis Fighters Against Animal Cruelty di Facebook.

“Bayi-bayi gajah diambil pada usia yang sangat muda, biasanya tiga sampai enam tahun, tetapi seringkali lebih muda lagi. Setelah seekor gajah muda berada di tangan b0moh, program Phajaan itu adalah untuk mematahkan semangatnya,

“Bayi-bayi gajah ditempatkan di dalam peti-peti kayu kecil yang sama seperti digunakan di dalam industri peternakan b4bi. Kaki mereka diikat, kaki mereka direntangkan, berulang kali mereka dipukuI dengan logam yang t4jam dan alat-alat lainnya.

“Gajah-gajah ini terus-menerus ditengking dan tidak diberi makan. Sejenis tongkat yang digunakan untuk menjinakkan gajah digunakan untuk menik4m kepala mereka, menyi4t kulit dan menarik telinga.

Kalau dapat dilihat, perbuatan tidak berperikemanusiaan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara, boleh dilihat pelbagai kec3deraan ditanggung haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.

Dapat rasa gajah2 tu sakit, sedihnya

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap nasib maIang yang menimpa haiwan tersebut, dan berharap agar aktiviti tunggang gajah dapat dihentikan.

Perkara seperti tidak boleh dibiarkan, memang benar haiwan tidak dikurniakan akal seperti manusia namun jangan pernah lupa bahawa haiwan masih punya hati dan perasaan sama seperti kita.

Sumber dari The Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*