Hanya beralaskan kotak, ibu leka timang anak bawah jejantas undang sebak

Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia semata-mata.

Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh walau apa jua keadaan sekalipun.

Tular di media sosial dua gambar yang memaparkan seorang gelandangan wanita sedang bergurau dengan anaknya di bawah jejantas dengan hanya beralaskan kotak.

https://twitter.com/Youngchats1/status/1187894344520536065?s=19

Walaupun tidak dikurniakan harta berjuta, mereka mampu hidup bahagia dalam dunia mereka sendiri. Kereta yang bertali arus tidak dihiraukan seolah-olah ianya tidak wujud.

Gambar tersebut sedikit sebanyak telah menyentuh hati netizen.

Rata-ratanya mengambil ia sebagai satu iktibar agar sentiasa memberikan kasih-sayang yang terbaik kepada anak-anak walaupun hidup serba kesusahan mahupun sibuk dalam mencari rezeki.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*