Ibu meraung bayinya sudah tidak bernyawa akibat terkena renjatan elektrik

Seorang bayi berusia lingkungan 2 tahun ditemui sudah tidak bernyawa akibat terkena renjatan elektrik di kediaman ibu bapanya, di Indonesia.

Berdasarkan sumber, mngsa sebelum itu memegang kabel pengecas yang sedang mengecas telefon bimbit dipercayai milik ibunya, lalu terkena renjatan elektrik.

Ibu mngsa yang menyedari kejadian itu terus membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, sudah terlambat apabila mngsa disahkan telah tiada.

Tidak dapat menerima kenyataan itu, si ibu menangis meraung kesedihan di atas pemergian anak pertamanya itu.

Berulang kali si ibu cuba membangunkan anak yang didakap tetapi tiada sebarang respon dari mngsa yang sudah terkulai tidak bernyawa.

Ibu bapa di luar sana dinasihatkan sentiasa memastikan sebarang alatan elektrik atau elektronik tidak diletakkan di tempat yang mudah digapai oleh anak-anak kecil bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*