Keldai dengan tuannya nyanyi lagu “Lion King” jadi viral

Travis Kinley dari Sumter, South Carolina pada awalnya tidak dikenali ramai, tetapi disebabkan satu video lucunya, dia telah tular dan menjadi bualan ramai orang dari seluruh dunia.

Semuanya bermula apabila Travis Kinley menyanyikan lagu pembukaan ‘Circle of Life’ sendirian.

Namun tiba-tiba keldai peliharaannya ‘Nathan’ yang berada di belakangnya menyahut nyanyian tersebut.

Menurut Travis Kinley, mereka tidak pernah nyanyi berduet dan tindakan Nathan benar-benar memberi kejutan buat dirinya. Memandangkan Nathan berterusan bernyanyi, Travis Kinley juga meneruskan nyanyiannya.

Nampaknya Nathan begitu gembira berduet dengan Travis Kinley. Mendengarkan nyanyian daripada Nathan memang cukup menghiburkan dan melucukan!

Travis Kinley memuat naik video tersebut di Facebook untuk berkongsi sedikit kegembiraan kepada orang lain. Namun dia tidak menyangka video tersebut tular dan telah ditonton hampir 4 juta kali!

Tontonlah video tersebut, anda pasti tidak akan kering gusi!

Sumber: Travis Kinley via erabaru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.