Lelaki diangkat wira Muslim pertahankan al-Quran dari dibakar

Seorang lelaki diangkat sebagai wira muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar Kristiansand, Norway, sempena perhimpunan ‘Stop Islamization of Norway (SIAN)’ semalam.

Aksi lelaki dikenali Ilyas telah dirakam oleh pengunjung sebelum tular di laman sosial.

Dalam kejadian tersebut, ketua perhimpunan SIAN, Lars Thorsen cuba untuk membakar senaskhah al-Quran walaupun telah dihalang oleh anggota polis tempatan.

Memetik laporan Geo TV, Kesatuan Pakistan Norway (PUN), turut mengecam tindakan lelaki itu yang cuba membuat provokasi terhadap orang Muslim.

Pengerusinya, Chaudhry Qamar Iqbal mengatakan Thorsen telah menyakiti orang Islam dengan menghina al-Quran.

Beliau berkata, masyarakat Norway sukakan keamanan dan memiliki reputasi terbaik kerana menghormati hak-hak agama lain.

Dalam pada itu, Iqbal mengatakan bahawa rakyat Norway dan umat Islam mengutuk sekerasnya insiden itu dan mengecam tindakan polis menahan lelaki Muslim kerana tindakannya bersebab.

Sementara itu, netizen menggerakkan solidariti buat Ilyas dengan menggunakan hashtag #ilyas_Hero_of_Muslim_Ummah.

Sumber: chempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.