Lelaki Pakai Baju Seragam Tentera Untuk Pikat Para Wanita Dicekup

Betul ke kaum wanita mudah terpikat dengan anggota tentera? Baru-baru ini ada satu kes di negara jiran akan seorang lelaki yang menggunakan taktik memakai pakaian seragam tentera untuk memikat para wanita dan kemudiannya memperdayakan mereka.

Lelaki itu Angga Deri Klana ( Deka), sudah menipu bermacam-macam gadis dengan ‘kerjayanya’ untuk pikat gadis-gadis untuk tipu wang mereka. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.

Kena tanggap lepas cuba mengumpan janda.

Sudah tular di Indonesia melalui perkongsian daripada Info Militer Indonesia yang menunjukkan gambar Deka dengan gadis yang dipercayai pasangan atau mangsanya.

Deka yang menggayakan pakai serangam anggota tentera untuk mengumpan gadis-gadis menjadi kekasihnya dan secara perlahan-lahan dia akan minta duit kepada gadis tersebut.

Namun begitu taktik dia tidaklah selicik mana apabila dia nampak macam tak teliti melakukan penipuannya.

Pakaian seragam yang dia sarungkan tu menggunakan pangkat yang berbeza. Setelah bertahun-tahun berjaya mengaburi mata mngsa, operandi dia mengumpan gadis akhirnya terkandas apabila dia cuba nak dating seorang janda.

Deka menyamar menjadi seorang anggota Polis daerah Majalengka pula untuk membolot harta si janda tu. Polis Majalengka sebenar, AKBP Mariyono menjelaskan yang dia datang ke rumah si janda tu untuk memulakan operasinya.

Mengikut laporan Tribun, si janda tu ialah kawan sekolah dia. Ceritanya begini.

Menurut Deka dia mengaku yang dia kononnya dalam proses penceraian dengan isterinya lalu diaorang menjalinkan hubungan cinta.

Lepas mereka tangkap cintan, si mngsa pun bagilah Deka pinjam motor dia sebab kononnya nak jenguk anak-anak dia.

Ketika Deka sampai rumah isteri sebenar dia, Deka jumpa balik mangsa dengan motor lain, difahamkan motor si janda tu lebih advance daripada motor Deka.

Lepas dia hantar balik, dia tak pulangkan pun motor manga, rupa-rupanya dia dah jual. Mengetahui kejadian tersebut mangsa terus buat laporan polis dan Deka telah ditangkap dan didapati Deka ni sebenarnya cuma seorang penagis ddah.

Dia kini sedang disosal siasat & berhadapan dengan sabit kesalahan yang boleh dikenakan 4 tahun penjara.

Moga kisah lelaki in i boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua terutamanya kaum-kaum wanita supaya tidak mudah terpikat dengan penampilan kaum lelaki. Tak salah kalau selidik dulu orang yang kita nak kenal.

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.