Mak ayah gadai nyawa jadi ‘benteng’ selamatkan anak perempuan

SEPASANG suami isteri sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak perempuan mereka dari dijilat api selepas flat kediaman mereka terbakar, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Liwan, Guangzhou itu, suami isteri itu menjadi ‘benteng’ dengan memeluk kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas mereka terperangkap di tepi tingkap yang berjeriji besi.

Difahamkan, pasukan bomba Guangzhou dengan kekuatan 16 jentera dan 99 anggota dikerjakan ke lokasi kebakaran untuk menyelamatkan mangsa dengan meletakkan sebuah tangga yang besar untuk sampai ke tingkat lima flat tersebut.

Malangnya, sebaik sahaja anggota bomba berjaya mendapatkan mangsa, mereka mendapati ibu kanak-kanak itu sudah meninggal dunia sementara bapanya kritikal akibat melecur.

Kanak-kanak itu pula selamat dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut pihak bomba, kebakaran bermula di tingkat enam flat tersebut sebelum merebak ke tingkat bawah yang didiami keluarga mangsa.

Sementara itu, saudara mangsa yang dikenali sebagai Zhang berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, api sudah menjadi terlalu besar menyebabkan usahanya untuk menyelamatkan mangsa gagal dan dia kemudiannya meminta bantuan pihak bomba.

Menurut Zhang, kanak-kanak yang terselamat itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, yang mana dua lagi tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Sumber: kulihatlangibiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.