Niat awal mahu mengemis, namun bila Cermin Kereta Diturunkan, Dia Pula Yang Menangis

Kenya – Seperti hari-hari biasanya, John Thuo memulakan ‘tugas sehariannya’ dengan menghampiri kereta dan meminta sedekah. Namun ketika sedang meminta sedekah pada satu hari, Thuo ditakdirkan bertemu dengan seorang wanita bernama Gladys Kamande.

Thuo menghampiri kereta yang dinaiki oleh Kamande dan meminta wang. Dalam masa yang sama, Thuo bertanya mengapa Kamande memakai mesin di badannya. Kamande kemudian menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya.

Menurut portal shareably, Kamande terpaksa menggunakan mesin untuk meneruskan hidup akibat kegagalan hati. Mesin yang dipakai oleh Kamande membawa sebuah penumpu oksigen, penjana dan silinder oksigen yang sentiasa beradanya bersama-sama. Malah, Kamande juga pernah menjalani 12 pembedahan kerana masalah-masalah kesihatan. Selain itu, Kamande juga buta disebabkan kerosakan saraf.

Kanak ini menagih simpati kepada pemandu kereta,tp selpas cermin diturunkan dia terus menangis. “Jantung saya sudah rosak, saya tak boleh bernafas secara normal, dan sebab ini saya guna tangki oksigen”, katanya Komande kepada kanak-kanak itu. Mendengar kisah terbabit, Thuo mula mengalirkan air mata. Apabila sedar yang dia langsung tidak boleh membantu wanita terbabit, Thuo menangis semakin kuat.

Thuo kemudiannya berdoa kepada wanita itu dan memberi kesemua wang yang ada di dalam poketnya supaya dapat membiayai rawatan wanita terbabit. Ketika kejadian itu, seorang individu sempat mengambil gambar dan memuat naik kisah terbabit di Facebook. Kisah tersebut juga turut mendapat perhatian media-media tempatan dan antarabangsa.

Hasil dari vir4l, satu kempen yang dijalankan bagi memungut derma untuk Kamande berjaya mengutip lebih RM 128,000. Komande kemudian dibawa ke India untuk rawatan. Namun, berita vir4l itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Kamande. Hidup Thuo pula berubah apabila satu keluarga baik mengambilnya sebagai anak angkat pada akhir tahun 2016 lalu dan dengan segera membawa kanak-kanak itu ke sekolah. Kredit utusan kami.

Banyak teladan boleh kita dapati melalui kisah di atas. Semoga kita terus kekal bersyukur dengan nikmat kita miliki sekarang. Kerana mungkin ada orang yang lebih susuah dari kita. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya.

Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya. Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada penulis dan pembaca. Sekian Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.