Sebak : Pengantin Lelaki OKU Ditinggalkan Saat Akhir, Adik Ganti Teman Abang Sapu Air Mata

Suasana sebak menyelubungi sebuah majlis perkahwinan di Kemboja apabila pengantin lelaki ditinggalkan kerana mengalami ketidak-upayaan fizikal.

Cacat kaki dan hanya berkerusi roda, air matanya tidak henti-henti mengalir sambil duduk di atas pelamin menanti kehadiran pasangannya.

Pengantin perempuan dikatakan melarikan diri saat akhir ketika segala persiapan telah pun lengkap dibuat.  Orang ramai dijemput memeriahkan majlis seperti tiada apa yang berlaku, namun disudut hati lelaki itu hanya dia saja yang tahu.

Tak sanggup melihat kesedihan lelaki itu, adik kepada pengantin lelaki menyarungkan gaun pengantin dan duduk disebelah menemani abangnya.  Walau bagaimanapun, tindakannya masih tidak dapat membuatkan lelaki itu tenang.

Acap kali dia menyeka air mata abang yang  masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

“Abang saya kurang upaya, tapi hati dan fikirannya masih sempurna.”

“Dia sepatutnya mengahwini orang yang dikasihinya namun pengantin perempuan meninggalkan kerana tekanan keluarga.”

“Akhirnya saya terpaksa menggantikan posisi pengantin perempuan supaya saudara-mara dan tetamu tidak kecewa.”

“Jika dia tidak mahukan abang saya, kenapa tidak memberitahu awal-awal? Ia menjadi sukar kerana berlaku pada saat-saat akhir.”

Sumber: Soha.vn

Ramai yang melahirkan rasa sedih dan memberikan kata-kata semangat buat pengantin lelaki ini.

Don’t be sad. The girl doesn’t deserve you anyway. You deserve better.

Ini real … bukan drama. Smg cpt sembuh buat si abang. Moga diberikan kekuatan. Mg dikurniakan jodoh y baik.

Mungkin fizikal abang awak tak sempurna tapi hati budi itu yang lebih penting. Dan perempuan yg meninggalkan abang awak ‘buta’ menilai kesempurnaan hati abang awak.

God has better plans for you dear brother. Don’t despair.

Redha …kembalilah kpd Allah…ada hikmah sebaliknya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*