Seronok sangat “membawang” sampai kepala tersangkut di celah jeriji pintu selama 5 jam

KESERONOKAN seorang wanita berbual dengan jirannya bertukar menjadi cemas apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama 5 jam.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di bandar La Virginia apabila wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan pergi ke rumah jirannya.

Ada laporan mendakwa wanita itu terlalu ghairah “membawang” dengan jirannya hingga dia menyandarkan kepala di jeriji pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji tersebut.

Laporan lain pula,wanita itu memasukkan kepalanya ke dalam jeriji besi yang berkunci itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak sebelum kepalanya tersekat.

Jirannya yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita berkenaan melepaskan dirinya tetapi gagal sebelum mereka meminta bantuan bomba.

Wanita berkenaan terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya.

Wanita itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam terperangkap.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*