Tak boleh buat apa-apa, bayi malang kelainan upaya dibuang tepi jalan

Satu video penemuan seorang bayi yang berumur dalam lingkungan satu tahun di China telah menjadi tular dan mendapat perhatian media antarabangsa baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di bandar Huixan, Henan itu, seorang bayi lelaki ditemui sebatang kara dengan hanya alas tidur serta botol susu tanpa sebarang kelengkapan lain atau nota pesanan.

Foto: AsiaWire/Mirror

Bayi malang tersebut telah dibawa ke Hospital Huixian bagi pemeriksaan kesihatannya.

Setelah diperiksa, doktor mendapati mangsa menghidap penyakit cerebral palsy.

Oleh itu, pihak polis yang menerima panggilan dan menyiasat penemuan itu telah membuat kesimpulan awal bahawa mangsa dibuang disebabkan penyakit yang dihadapinya itu.

Foto: AsiaWire/Mirror

Ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Ibu bapa mangsa dipercayai telah membuang anak mereka itu kerana tidak lagi mampu menanggung keadaan penyakit yang dihidapinya.

Sehingga kini, tiada sebarang individu yang telah datang untuk menuntut mangsa dan buat masa ini, bayi itu telah dihantar ke pusat kebajikan sementara polis melaksanakan siasatan.

Sumber: Mirror UK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.