‘Tak Mampu Besarkan Anak’, Wanita Dipercayai C4mpak Bayi Ke Dalam Semak Dari Jambatan

Seorang ibu telah dit4han di timur laut China setelah didakwa meninggalkan bayinya yang baru lahir di dalam semak, lapor Daily Mail.

Wanita itu dikatakan telah membu4ng bayi lelaki dari sebuah jambatan ke dalam semak ketika berjalan ke rumah ibunya.

Dia memutuskan untuk meninggalkan anaknya kerana dia tidak mampu membesarkannya, lapor media tempatan.

Bayi itu ditemui sekitar jam 1.30 tengah hari pada Isnin lalu oleh seorang penduduk Kampung Keluarga Hong di luar bandar Dehui di wilayah Jilin.

Penduduk yang menemui bayi itu mengatakan bahawa dia melihat semut dan lalat ‘menghurung’ pada mukanya.

Setelah disiasat, para pegawai mendapati bahawa bayi itu dilahirkan sekitar jam 8 malam pada hari Sabtu lalu di sebuah flat.

Ibu kepada bayi itu melalui Jambatan Sungai Wukai ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya pada malam Ahad lalu. Di sana, dia memutuskan untuk membu4ng anaknya dari jambatan ke dalam kawasan semak.

Pegawai polis berkata bahawa bayi itu berada dalam keadaan lemah ketika pasukannya sampai di tempat kejadian.

“Walaupun dia bernafas, dia hampir tidak sedar dan tubuhnya mula kaku,” katanya.

Disoal siasat polis, ibu bayi tersebut mengatakan bahawa dia merasakan tidak dapat membesarkan anaknya kerana masalah kewangan.

Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan dan dijaga oleh institusi kebajikan.

 

Sumber : Daily Mail

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.