Terbaiklah Mat Motor Bawa Polis Naik Yamaha R1, Kejar Suspek Langgar Lari

Sikap prihatin seorang penunggang motosikal dari Thailand dapat perhatian ramai baru-baru ini. Chainarong Sookoon, 30, menumpangkan anggota polis untuk mengejar suspek kemalangan langgar lari.

Sempoi je Kan

Menurut laporan, polis Ao Lueak terima panggilan dari polis Phang Na memberitahu tentang seorang pemandu trak pikap sedang melarikan diri ke Krabi lepas terbabit insiden langgar lari.

Ketua Polis Ao Lueak, Kolonel Kritsanat Wongklaharn berkata, pihaknya kemudian terus buat road block tapi pemandu trak tu bertindak merempuh sekatan tersebut. Chainarong yang menyaksikan kejadian rempuhan road block tu terus offer seorang anggota polis untuk membonceng motor Yamaha R1 dia.

“Trak itu enggan berhenti di tempat pemeriksaan polis dan empat kereta polis terus mengejarnya. Seorang penunggang motosikal yang juga orang awam menawarkan bantuan. Tindakannya sangat berani dan bersemangat untuk bantu masyarakat.”

Jom Lihat Video Dibawah :

Kejadian yang berlaku dekat Jalan Seaboard, Krabi tu menyaksikan anggota polis yang bonceng motor Chainarong lepaskan satu das tembakan dekat tayar depan trak tapi dia masih enggan berhenti.

Lepas tu, dia tembak sekali lagi tanda amaran dan akhirnya pemandu tu berjaya dihentikan oleh polis. Suspek berusia 21 tahun tu kemudian didapati positif dadah dan memberitahu yang dia bergaduh dengan isteri.

Pemandu tu didakwa dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah, memandu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, melanggar isyarat jalan raya, dan memandu secara merbahaya.

Fuhhh! Dah macam dalam action movie plak! Thorrrbaek! Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.