(Video) Baru Kehilangan Isteri, Bapa Tunggal Dukung Anak Sambil Kerja Tampal Tayar Undang Sebak

Sayu hati tatkala melihat kegigihan seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya secara sendirian sanggup melakukan apa sahaja demi untuk anaknya itu.

Menurut satu posting di laman fb onenewsonlineofficial, seorang lelaki dilihat sedang bekerja sambil menggendong anak kecilnya dengan menggunakan sehelai kain sahaja.

Kanak-kanak itu dilihat sedang tidur di gendongan bapanya mungkin juga sebab keletihan.

Lelaki tersebut yang bekerja sebagai tukang tampal tayar terpaksa menjaga sendiri anaknya setelah kehilangan isterinya.

Isterinya telah meninggl kira-kira tiga bulan yang lepas akibat ditimpa sakit telah meninggalkan seorang anak kecil.

Ketika kanak-kanak lain yang seusianya sedang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu, takdir berbeza yang telah berlaku kepada anak kecil ini.

Di usia kecilnya, dia kini telah merasai kehilangan kasih sayang seorang ibu. Namun pun begitu, kasih sayang yang curahkan oleh bapanya pasti mampu jadikan anak kecil ini berjaya suatu hari nanti.

Begitu besar pengorbanan yang dicurahkan bapa tunggal ini demi membesarkan anaknya.

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.