(Video) Pakar Wushu blasah isteri sebab pindahkan TV ke bilik lain

Video viral menunjukkan pakar seni mempertahankan diri (Wushu) memb isterinya yang sedang mendukung bayi dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Hanoi, Vietnam, Isnin lalu.

Media tempatan melaporkan, Nguyen Xuan Vinh, 32, ber4ng dengan isterinya yang memindahkan televisyen dari tempat asal ke bilik lain.

Mangsa, Vu Thi Thu Ly, 27, yang bekerja sebagai penyampai radio, memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu di media sosial.

Berdasarkan video itu, Vinh bukan sahaja menendang kepala isterinya, malah dia turut menamp4r muka man gsa dengan kuat sehingga menyebabkan man gsa terjatuh.

Mang sa yang c3dera terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Manakala suaminya masih belum ditah4n polis walaupun video itu sudah viral meluas di media sosial.

Difahamkan, pasangan itu pernah bercerai disebabkan kes kegnasan rumah tangga, tetapi mereka bersama kembali sebelum anak kedua dilahirkan.

Dia pkul saya yang ketika itu sedang mendukung bayi. Saya tak dapat tahan lagi dan beritahu kepada ibu saya mengenai apa yang berlaku.

“Dia pernah pkul saya sebelum ini tetapi bukanlah sampai teruk macam ni dan kali ini dia pukul saya di depan anak-anak. Ini sangat melampau dan tidak boleh diterima,” katanya.

Sumber: Daily Mail via thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.