Video – Polis hukum ‘remaja rempit’ letak telinga pada ekzos motosikal yang bunyi bising

BEBERAPA orang ‘remaja rempit’ difahamkan sering mengganggu penduduk setempat dengan bunyi ekzos motosikal yang bising, menerima padah apabila pihak polis menghukum mereka meletakkan telinga pada ekzos yang bising itu.

Sebelum dihukum, pesalah berkenaan terpaksa mendengar leteran ketua pasukan polis berkenaan selama beberapa minit.

Polis hukum mat rempit letak telinga pada ekzos motosikal

“Kalian motor dibikin press, tapi telinga kalian supel (kebal), faham?”

“Saya bertugas di sini hanya menegakkan keadilan, Jangan salahkan kita yang menjaga hak-hak masyarakat umum,”

“Sekitar sini banyak, anak-anak kecil, orang tua sakit, kalian tidak punya otak, sedar tidak orang tua kalian sudah tua? Sakit sekitar sini, mana toleransi kalian?”

“Jangan salahkan kami yang bertindak menjaga hak-hak masyarakat umum, ikuti proses yang ada, pemeriksaan yang ada, ikuti aturan lainnya, kalian warga yang bertanggungjawab faham,” kata pegawai polis berkenaan. Remaja-remaja berkenaan hanya mengangguk dan akur.

Anggota polis kemudian memegang kepala remaja-remaja terbabit dekat dengan ekzos motosikal milik mereka sebelum anggota lain bertindak “memerah throttle” minyak menyebabkan enjin kenderaan itu mengaum kuat sekaligus membingitkan telinga mereka.

Berdasarkan bahasa yang digunakan oleh pegawai polis terbabit, kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia.

Video rakaman kejadian itu yang berdurasi 2 minit itu tersebar di media sosial warga Indonesia sekaligus menerima pelbagai reaksi netizen. Netizen dari Malaysia juga ramai yang memuji tindakan itu, dan berharap ia boleh turut dipraktikkan di Malaysia.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

Sumber :milosuam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.