Wajah cacat terkena enjin bot, pengantin lelaki tetap terima pasangan seadanya

Benar apa dikata, cinta hanya bersandarkan paras rupa tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga tetapi sikap peribadi seseorang yang menjadi keutamaan.

Malah, masih ada insan yang menerima pasangannya tanpa memandang paras rupa semata-mata seperti kisah pasangan di Indonesia ini yang tular di TikTok.

Pengantin perempuan bernama Ayu dilihat sangat bahagia di hari perkahwinannya bersama sumi. Sebelum ini turut tular apabila wajahnya disolek dan terserlah kecantikannya yang dipuji ramai.

https://www.facebook.com/watch/?v=451801275973591

 

Difahamkan, wajahnya mengalami kecacatan kekal sehingga bahagian mata akibat terkena enjin bot semasa sekolah menengah dulu, namun suaminya tetap menerima Ayu seadanya.

 

Video persandingan yang dikongsikan oleh Ayu itu telah mendapat 1.6 juta tontonan, 75k likes dan hampir 2,600 comments daripada netizen.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memuji suaminya yang menerima isterinya seadanya dan mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia.

Sumber: cempedakcheese