Ada netizen ‘gelak besar’ kvtuk JDT sebagai lauk, ini respond sempoi TMJ

Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) semasa berentap dengan Johor Darul Ta’azim (JDT) masih menjadi bualan ramai di media sosial. KL City menerusi aksi final Piala Malaysia semalam berjaya meranapkan impian JDT memenangi piala ketiga mereka musim ini.

Netizen perli TMJ?

Menerusi satu ciapan seorang pemilik Twitter, dikenali sebagai Khairi, dia dipercayai mentertawakan kekalahan pasukan Harimau Selatan itu. Namun, apa yang menarik perhatian ialah beberapa ‘perkataan’ berbaur sinis yang diselitkan.

Tak ada apa, nak gelak je. Stadium sendiri, borong player, seat Recaro.

Susulan daripada ciapan tersebut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat tenang dan tidak melatah. Sepanjang melakukan transformasi, JDT telah memenangi 18 piala dalam tempoh lapan tahun.

Allah kurniakan saya dengan 4 cahaya wata dan isteri. Anda boleh ketawa hari ini atau sementara. Tetapi saya ketawa pada hari-hari yang berikutnya. Saya bersyukur kerana saya diberkati.

Terdahulu, pemain Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Tweet penuh:

Sanusi tuju pantun buat JDT, rakam tahniah pada KL City

Kuala Lumpur: Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) FC diraikan jutaan peminat bola sepak dan tidak ketinggalan Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi ketika tampil pada satu majlis memberi ucapan dengan memulakan pantun berbunyi, “Dari Kedah ke Singapura, singgah ke KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.

Pantun berkenaan turut dibalas di ruangan komen oleh Wann, “Nabil kerja dekat port, singgah ke pasar beli udang galah, sembang banyak player import, takkan dengan KL City pun kalah.

Manakala AzlanEF turut memberi komen dengan mengatakan ‘tumpang gembira pun jadilah walaupun Kedah kalah hari tu.”

Sanusi dalam laman Facebooknya turut memuat naik status berbunyi ‘sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu. Tahniah KL City.

Pasukan KL City menjulang Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Pasukan KL City menjulang Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira. Biarpun KL City menjulang Piala Malaysia namun tumpuan lebih diberikan kepada kehangatan orang kuat kedua-dua pasukan berkenaan – Sanusi dan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berbalas kenyataan di media sosial seperti pengguna media sosial lain.

Sebelum ini Sanusi menerima penghantaran daripada TMJ berbentuk makanan segera McDonald’s bersama empat belon berwarna biru dan merah (warna rasmi JDT).

Perkara itu dikongsikan oleh TMJ sendiri melalui ruangan IG Story ketika pertembungan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT.

Turut diserahkan ialah sejambak bunga dengan mesej tertulis: “Dengan ingatan tulus ikhlas, TMJ.”

Membalas perkara itu seorang peminat bola, Khairil Anuar dalam ruangan Twitternya memuat naik status “Harap esok Sanusi Md Nor hantar laksa Kedah kat TMJ dengan belon warna kuning hijau. Dekat notes ada tulis. “Makan la sikit, nanti sakit..”

Perang media sosial kedua-dua individu penting KDA FC dan JDT ini bermula selepas TMJ menegur pengurusan KDA FC yang hanya menjelaskan bayaran gaji yang tertunggak selama dua bulan sebelum perlawanan suku akhir yang mempertemukan kedua-dua pasukan.

Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.