Akibat di sihir, Chef Ammar terpaksa tutup gerai di USJ 4

Tiba saja bulan Ramadhan, antara aktiviti yang paling ditunggu rakyat negara kita ni ialah membeli juadah berpuasa.

Ketika ini, memang banyak gerai-gerai yang menawarkan pelbagai makanan untuk orang ramai berbuka puasa.

Dengan adanya Bazar Ramadhan, para pengunjung akan dapat memilih begitu banyak pilihan makanan yang mahu dinikmati ketika berbuka puasa.

Sepanjang bulan Ramadhan ini juga, antara kedai yang paling popular ialah kedai makanan Chef Ammar.

Tampil dengan menu nasi arab mandy lamb shank dan juga ayam, perniagaan Chef Ammar memang maju sekali.

JIka nak beli tu, memang kena beratur panjang, dan sampaikan berjam lamanya untuk membeli juadah dari Chef Ammar ni.

Setiap hari makanan yang dijual oleh Chef Ammar akan habis dijual.

Melalui satu video di laman Tiktok, khabarnya salah satu gerai Chef Ammar yang menjual nasi arab ini terpaksa ditutup.

Dari video itu, Chef Ammar menjelaskan gerainya di USJ4 terpaksa ditutup kerana ada unsur buatan orang.

“Jadi macam ni, kita kena tutup. Saya tak mahu family saya kena. Rezeki saya boleh dapat, Tuhan yang beri rezeki.”

“Subang Jaya USJ4 saya tutup, nak selamatkan anak saya. Dulu dia semangat nak kerja, sekarang dah tak nak. Dulu tak macam ni.”

Melalui komen pemilik yang upload video itu, khabarnya buat masa sekarang cawangan USJ4 ditutup tetapi cawangan di Shah Alam masih dibuka.

“Untuk USJ4, Chef Ammar dah tutup sebab buatan orang. Bulan puasa ini pun sibuk nak buat perbuatan macam ni.”

Ini videonya.

KOMEN NETIZEN:

Sehingga kini, video itu sudah ditonton lebih setengah juta views, dan menerima pelbagai komen dari netizen.

Semoga Chef Ammar tabah dengan ujian yang datang ini. Buat masa sekarang boleh beli juadah dari Chef Ammar ini di Shah Alam.

Sumber : PajieSohorSajesSlalu