“Aku tmbuk muka kau” – Selamba berhenti atas petak kuning, ramai sokong pemilik dashcam sound pemandu

Sejak pagi tadi tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan seorang pemandu memberhentikan kereta di atas petak kuning.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tidak dapat dipastikan kejadian berlaku di mana, namun tindakan pemilik dashcam yang ingin melalui jalan yang dihalang oleh kereta itu ‘menasihati’ pemandu tersebut jadi bualan netizen.

Video tersebut dimuat naik semula oleh seorang pengguna laman Facebook di group Dashcam Owners Malaysia sehingga menerima 1000 tanda suka dan 100 perkongsian selain ratusan komen dalam kalangan netizen.

  

Untuk pengetahuan, mengikut undang-undang jalan raya mana-mana kenderaan tidak dibenarkan memberhentikan kenderaan di kawasan petak kuning.

DILARANG BERHENTI DI PETAK KUNING

Petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan.

Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

Perbuatan memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar.

Kesalahan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat berpuas hati dengan pemilik dashcam kerana memarahi pemandu tersebut.

“Bnyk kali jmpa spesis ni.. Org nak masuk/kluar simpang tak boleh.. Org hon panjang dia siap sandar tgn letak blkng kepala duk rilek. .. Mari 4×4 masuk sagat sekali baru gelabah.. Dia ingt org bt petak kuning tu utk ape, bt main takraw ke.. Haiiiyaaa..” – Ezil

“Waktu ambik lesen bukan main hati2, semut di jalanraya pun dia elak. Bila dah dapat lesen jadi babi bodoh. Mana leh henti di petak kuning.” – Taufiq

“Puas hati aku tgk video ni. Sbb pernah kena, yg babinya..dia nampak kereta aku nak keluar, lagi dia lajukan kereta dia, last2 tersangkut kat petak kuning. Nak marah…tp sabarrrrrr” – Masitah

 

             

Zman skang petak kuning da xberfungsi..semua org klu blh slagi ade ruang slagi tu dia rapat…xfham btul jenis xtau mkna ptak kuning ni..

  

     

Tonton Video Di Bawah: