Anak lelaki DS Vida akhirnya bersuara, Kalau Bagi INI Baru Setuju mama Kahwin

Kacak kata dia tak kisah pun ibunya, DS Vida nak kahwin lagi.

Tapi katanya dia tak akan setuju dengan mudah tentang siapa pilihan ibunya itu

“First of all, saya nak cakap kalau mama nak kahwin im just gonna agree wit it guys. But not gonna agree macam tu je la.

No, you have to give me some, you know (duit). If he wants my mom, then give me some of duit. Yes money, yes talk. No money, no talk.

“Give me some duit and I will agree with everything, dont worry. Saya bukan pisau cukur ke apa but money works you know,”katanya seperti dipetik dari Gempak.

Siapa Kacak? Pemilik nama penuh Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih terkenal sebagai Kacak ini merupakan anak kepada usahawan kosmetik, Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman atau lebih glamor sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Selain itu, beliau juga adalah adik kepada Nur Edlynn Zamileen yang dipanggil ramai sebagai ‘Cik B’.


Cik B ‘geli’ dengar janji bakal ‘daddy’.
Kuala Lumpur: “Rasa ‘cringe’ (geli),”.

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Cik B ringkas dalam video sebagai reaksi kepada luahan bakal suami Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Bila masa saya anak dia? Macam itulah. Saya rasa macam ‘Eeee’,” kata Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin sambil menghempas meja.

Video pendek itu dimuat naik oleh Vida di Instagram Story yang memaparkan bagaimana anak sulungnya itu masih lagi protes dengan perancangannya untuk berumah tangga.

Terdahulu, Vida memuat naik video romantisnya bersama Iqbal dan di dalam video itu, Iqbal meluahkan janjinya untuk menjaga kedua-dua anak Vida.

“Saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak,” katanya kepada Vida.

Terdahulu, heboh di media sosial dan portal berita mengenai perancangan perkahwinan Vida dan Iqbal yang mencuri perhatian ramai.

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Cik B beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perancangan dibuat ibunya itu.

Sumber: citemaya