“Ayash senyum pada siapa tu sayang..” Gambar yang Dihantar dari peminat Mengundang sebak Shuib

PETALING JAYA – Sekeping foto dimuat naik pelawak dan usahawan, Shuib yang menyaksikan anak bongsunya, Ayash Affan sepertinya tersenyum ke ‘satu arah’ membuatkan ramai sebak hati.

Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, menulis kapsyen pada foto tersebut: “Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

“Allah maha tahu di atas segala-galanya. Amin Ya Robbal Alamin.”

 

Menerusi ruangan komen yang rata-ratanya ditinggalkan netizen, ramai yang menyatakan bahawa Ayash sedang tersenyum ke arah ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Senyum dekat ibu,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen entri yang dimuat naik Shuib.

“Ibu tengah senyum dekat Ayash tu. Geraam tengok Ayash comel sangat. Membesar dengan sihat ya sayang,” coret seorang netizen lain pada entri yang sama.

Lebih membuat rasa sebak terus bersarang dalam jiwa ramai, seorang pengguna Facebook, Bunga Querida bertindak menyunting foto yang dimuat naik Shuib yang memperlihatkan Ayash sedang tersenyum ke arah Allahyarham ibunya.

“Terbaca post (hantaran status) Shuib tadi. Allah, sebak rasa.

“Anakku, jangan bersedih meski tadi ibu memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahun, hati ibu memelukmu selamanya.

“Foto ini saya edit dari yang asal. Sebaak pula tengok balik,” tulis pengguna Facebook berkenaan seraya menyertakan beberapa keping foto yang telah disuntingnya Ayash sedang tersenyum ke arah Allahyrham ibunya.

Malam tadi, majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan telah diadakan yang disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman di kediaman Shuib di Puchong, Selangor. Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk Allahyrham Siti Sarah.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: