
PETALING JAYA – Beberapa orang penumpang sebuah syarikat penerbangan terpaksa berpanas selama satu jam di dalam pesawat selepas pendingin hawanya tidak berfungsi.
Melalui perkongsian sebuah beberapa buah video di Tiktok memaparkan, para penumpang tidak senang duduk apabila terpaksa berpanas dalam pesawat terbabit.
Turut kelihatan beberapa orang kanak-kanak menangis akibat kepanasan.
Salah seorang penumpang, @babahnadeen yang berkongsi dua video menerusi aplikasi TikTok meluahkan rasa tidak puas hatinya terutama melihat kanak-kanak lain menangis sambil ‘dikipas’ ibu bapa masing-masing.
Kapal terbang takde aircond. Macam naik bas!
Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu, beliau mempersoalkan pengurusan penerbangan mengapa mereka tidak menukar pesawat lain sahaja sebaliknya ‘menyeksa’ penumpang untuk terus ‘berada’ di dalam kepanasan.
Berdasarkan video lain, @babahnadeen memaklumkan ternyata pesawat itu mengalami kerosakan sebelum memberi arahan sewajarnya kepada pihak bertanggungjawab.
Kan senang cakap awal2 rupanya rosak.
“Kalau dah tahu macam ni, keluarkan dulu penumpang. Bagi keselesaan. Ni kau sidai lama-lama tu, mati la orang ada anak-anak kecil yang berpeluh dan menangis sampai buka baju.
Menurut perkongsian sebuah lagi video difahamkan, penumpang di dalam pesawat itu juga terpaksa pula menunggu lebih kurang sejam kerana penerbangan ditangguhkan.
@nash_ruto Sejam kami menunggu dalam kepanasan sebab aircond tak sejuk. Ramai budak menangis siap ada bukak baju. Ada yang hampir pengsan. #mas #malaysiairlines
Sebelum, semasa & selepas turun kapal terbang.
Suasana sebelum, semasa dan selepas turun dari kapal terbang. Ade menangis, buka baju, pengsan, lapar dan dahaga.
@nash_ruto Suasana sebelum, semasa dan selepas turun dari kapal terbang. Ade menangis, buka baju, pengsan, lapar &dahaga #fyp #foryoupage #mas #malaysiaairlines
Pesawat itu juga dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.
Di perkongsian yang lain seorang pramugari Pramugari @nash_ruto memberikan penjelasan. Beliau memaklumakan enjin baru start, sebab tu aircond belum sejuk.
@nash_ruto Kapal terbang panas part 1 #fyp #foryoupage #foryourpage
Bagaimanapun, belum dapat disahkan gangguan sistem yang dialami oleh pesawat itu sehingga menyebabkan beberapa penumpang mengamuk terhadap perkhidmatan penerbangan itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.
“Pertama kali nampak kapal terbang ada masalah macam ini. Memalukan, sebab kita tahu berapa harga tiket yang mereka tawarkan bukannya murah,” kata Maia.
“Dengan panas, budak-budak menangis lagi. Tiket kira ‘refund’ ke macam mana?,” soal Sharizezhan.
“Kasihannya penumpang, nak buka tingkap pun tak boleh. Sepatutnya periksa dahulu, pelanggan bayar bukannya naik percuma,” kata Jai.
“Dah beberapa hari sebenarnya video ini, tapi syarikat itu masih belum keluarkan apa-apa permohonan maaf,” kata Zue.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 4.3 juta tontonan selain ribuan komen netizen.
Sumber: Kosmo, OMM