Baiknya Remy Tolong Isteri Buat Iklan Kasut, Cuma Aksinya Buat Ramai ketawa

INGATKAN ‘dem4m’ Remy Ishak sudah berakhir sejak dia mendirikan rumah tangga tetapi telahan tersebut sal4h belaka.

Mana tidaknya, hampir setiap hari ada sahaja namanya menjadi bahan bualan netizen dalam media sosial.

Terbaharu, Remy sekali lagi mencri tumpuan ramai apabila muncul dalam video siaran langsung isterinya, Ezza Yusof bagi mempromosikan rekaan kasut jenamanya sendiri.

Paling mencri perhatian ialah apabila Remy muncul dan turut memakai serta menari-nari sambil menggayakan kasut jualan si isteri tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Aksi lucu tersebut mencetuskan deraian tawa Ezza yang tidak menyangka suaminya tergamak memakai kasut tersebut.

“Terima kasih, semoga awak dimurahkan rezeki suamiku,” kata Ezza kepada Remy.

Alahai manis bersemut pasangan suami isteri itu. Ezza juga dipuji kerana tutur katanya yang sangat sopan dengan suami.

Harapnya tiada hati yang kembali berdarah melihat gelagat lucu dan romantis ‘kanda’ Remy dengan adindanya itu.

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Remy, Ezza dapat hadiah daripada Agong

Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah perkahwinan paling bermakna dalam hidup mereka apabila mendapat kiriman khas daripada pihak Istana Negara.

Lebih mengejutkan, kiriman hadiah dibalut dalam kotak berwarna kuning itu dikirimkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi status di dalam Instagramnya, Remy berkongsi sebuah video memaparkan beliau dan isterinya mendapat beberapa kotak hadiah daripada Istana Negara.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya tadi.

Remy selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza pada Sabtu lalu dalam satu majlis serba ringkas di sebuah masjid di ibu negara.

Sementara itu, rata-rata peminat Remy turut melahirkan rasa gembira dan teruja atas hadiah yang diterima pasangan pengantin baru itu daripada Istana Negara.

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong, bukalah nak tengok apa di dalam,” kata Hanna Nurieyda.

“Wah! Mesti peminat Remy juga, macam mak Shuib,” seloroh Muhd Azri521.

“Alhamdulilah, bertuahnya, mesti Tuanku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak,” ujar Violetsareblueflorist.

Sumber : K! ONLINE