Bapa Arwh Adib Akhirnya Bersuara Apabila Menerima Wang Pampasan RM1.5 Juta

“Wang itu akan digunakan untuk saham akhirat ar.wah,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66, bapa kepada Allahyrham Muhammad Adib, anggota bomba yang menin.ggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 2018.

Mohd Kassim berkata, selain disumbangkan atas nama arw.ah, sebahagian daripada wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diterima itu juga digunakan untuk kelangsungan hidup keluarganya.

Katanya, keluarganya sangat bersyukur menerima wang itu pada 29 November lalu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Wang ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga, dalam masa yang sama wang ini akan turut disumbangkan kepada masjid.

“Saya juga akan guna wang ini untuk wakafkan sesuatu atas nama arw.ah. Kami sekeluarga akan lakukan yang terbaik untuk anak-anak saya serta arwah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah membayar ex-gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib pada 29 November 2021.

Katanya, kes kematian anggota bomba itu, kini sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Mohd Kassim yang bekerja sebagai pesawah bagaimanapun tetap berharap kematian arwah anaknya dibela dengan siasatan yang telus.

Katanya, sehingga kini mereka sekeluarga masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan berharap ia akan diteruskan sehingga penjenayah sebenar dibawa ke muka pengadilan.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami ced.era parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kemat.ian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: