Baru Hari Pertama Hantar Anak Dekat Pengasuh, Badan Dah Lebam-Lebam, Penjelasan Pengasuh Buat Si Ibu Bingung

Seorang wanita dikenali sebagai Hazirah Khairi menerusi kumpulan Khidmat Pengasuh Shah Alam di laman Facebook, tampil ‘meluahkan’ apa yang terjadi kepada anaknya. Menerusi dua keping foto yang dikongsi terdapat kesan seperti lebam pada bahagian lengan anaknya.

Anak kena der4?

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini menceritakan itu merupakan hari pertama anaknya dihantar kepada pengasuh namun, berikutan rasa tidak ‘sedap hati’ dia dengan suaminya bertindak mengambil semula anaknya pada pukul 1 petang.

Salam semua. Saya nak tanya pendapat korang rasa ni sebab apa?

Dah buat report polis & dah pergi Hospital Shah Alam. Hospital government dia ada unit khas untuk kes-kes macam ini, nama dia One Stop Crisis Centre (OSCC). Doktor dah check baby dan cadang buat report. Sekarang polis tengah siasat lagi.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mend4kwa pengasuh tersebut seolah-olah play vitcim dengan apa yang telah terjadi dan dia turut menceritakan telah mendapat nombor pengasuh berkenaan daripada kumpulan Khidmat Pengasuh Shah Alam di Facebook

Saya malas nak cerita panjang-panjang di sini.Tak nak ganggu siasatan polis. Tengah tunggu polis update lagi. Pengasuh? Play victim & petik butang agama.

Ada yang tanya macam mana saya tau ada something fishy?

Pengasuh tak habis-habis WhatsApp mengadu baby nangis non-stop. Biasa lah 1st day kan lagipun baby PKP pula.

Perbualan penuh:

 

Menerusi tangkap layar tersebut, pengasuh berkenaan menceritakan alternatif yang dilakukan olehnya berikutan tindakan bayi tersebut yang ‘meragam’.

Pada masa yang sama, pengasuh ini juga meminta supaya mereka menceritakan hasil laporan daripada pihak doktor.

Respon netizen

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respon daripada netizen yang risau terhadap keadaan bayi itu. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa itu merupakan kesan seperti telah dicubit ataupun dipukul dengan menggunakan objek.

Sumber: Hazirah Khairi via Khidmat Pengasuh Shah Alam Via OhBulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: