Baru Jer Minta Duit RM1Ok SebuIan Dgn BakaI Bapa Tiri, Sekali ‘Kacak’ Cerita Perkara Sebenar

” Yes monthly 10k (RM10 ribu) sebulan please..”

Itu respon diberikan oleh Anak lelaki kepada taikun kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Kacak selepas ditanya adakah dia bersetuju menerima ibunya berkahwin lagi.

Umum mengetahui media sosial ketika ini hangat memperkatakan Datuk Seri Vida, 49, bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang berusia 27 tahun.

Susulan dari itu pihak media dan orang ramai turut bertanyakan penerimaan anak-anak Vida adakah mereka dapat menerima bapa tiri yang usia jauh lebih muda.

Berbeza dengan kakaknya Cik B, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan menyatakan dia bersetuju jika ibunya mahu menamatkan zaman janda tidak lama lagi.

Bagaimanapun, remaja berusia 14 tahun itu berpendapat tidak mudah untuk bersetuju dengan gerangan individu yang bakal menjadi bapa tirinya.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Kacak juga sempat berseloroh bahawa dia memerlukan sejumlah wang daripada bakal bapa tiri sekiranya mana-mana individu mahu berkahwin dengan ibunya.

” First of all, saya nak cakap yang kalau mama nak kahwin i’m just gonna agree with it. But not gonna agree macam tu je la kan. No, you have to give me some.. you know.. (aksi terima duit)

” If he wants my mom, then give me some (duit). Yes money, yes talk. No money, no talk. It’s like it. Give me some.

” I will agree with everything, don’t worry. I’m not being a gold digger (pisau cukur) ke apa, you know how money works,” guraunya.

Video berdurasi hampir seminit itu menerima 24,000 tontonan dan dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan reaksi serta gelagat Kacak terhadap bakal bapa baru.

Kacak cuma bergurau

Bagaimanapun menurut Kacak dia cuma bergurau berhubung komen beliau sebelum ini yang mahukan RM10k sebulan sebagai syarat sekiranya Iqbal mahu berkahwin dengan ibunya.

” Saya cuma bergurau, tolonglah.. saya ada duit sendiri,” kata Kacak.

Reaksi Kacak turut mendapat respon positif dari warganet yang terhibur dan mengatakan anak bongsu jutawan berasal dari Kelantan itu semakin pandai berbicara.

Malah penggunaan bahasa Inggeris Kacak juga semakin baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari ibunya, Datuk Seri Vida hehehe..

Cik B pula macam tak setuju langsung

Sementara itu, Cik B pada Ahad lalu berkongsi luahan sebaik mengetahui ibunya bersetuju untuk berkahwin dengan Iqbal di mana majlis mungkin diadakan pada awal tahun depan.

Memetik wawancara Cik B bersama program hiburan popular pada Ahad, kata empunya nama Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia tetap dengan keputusannya tidak bersetuju dengan pilihan ibunya.

” Saya macam tak naklah ada ayah baharu, dah cukup ada lima ayah,”

” Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang IqbaI baru umur 27.

” Macam mana abang IqbaI boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta,” katanya.

Dedah Cik B, hubungannya dengan IqbaI juga tidak begitu rapat dan kerap bergadvh sebelum ini.

” Saya dengan abang IqbaI ni memang tak baik. Saya selalu gadvh dengan dia. Gaduh tu bukan gadvh biasa-biasa. Mama pun selalu bergadvh dengan dia.

” Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi biarlah pada diri saya sendiri saja,” ujarnya.

Tambah Cik B, dia akui pada mulanya hanya menyangka hubungan ibunya dan IqbaI hanya tujuan marketing.

Bagaimanapun, Vida dan IqbaI kelihatan semakin serius sejak kebelakangan ini.

” Sebenarnya saya ingatkan cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula.

” Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya memang marketinglah.

” Tapi kalau jodoh mama dengan abang IqbaI saya harapkan mama happy (gembira), ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang IqbaI,” tambahnya.

Sumber:ohmymedia