Ramai yg Kesian, Tapi 1-1 Kantoi Bila Org Kampung Dedahkan yg Budak ni Memang Selalu Mencvri

Kes seorang remaja berusia 19 tahun tular kerana dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid tempoh hari kerana cuba mencvri tabung masjid telah tular di media sosial.

Remaja tersebut juga telah diserahkan kepada polis dan sudah mendapat hukuman apabila pihak mahkamah majistret menjatuhkan hukuman pnjara 10 hari dengan denda RM4,000.

Melalui laporan berita sebelum ini, peguam yang mewakili remaja berkenaan memaklumkan yang tertuduh merupakan anak sulung.

Dan dia mencvri tabung masjid bagi tujuan membeli ubat untuk datuknya yang sedang sakit.

Melalui kenyataan tersebut ramai yang berasa kasihan dan ada juga yang telah membuka tabung sumbangan.

Ianya untuk membayar denda remaja itu serta membantu keluarganya yang dikatakan hidup susah.

“Pengajaran…..

Seorang remaja berusia 19 tahun yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’.

Ia akibat cuba mencvri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.”

https://twitter.com/bernamadotcom/status/1481534195877167107?s=20

Walau bagaimanapun, sejak berita remaja berkenaan tular di media sosial, ramai yang telah meninggalkan pelbagai komen mengulas mengenai penangkapan remaja tersebut.

boleh memohon untuk mendapatkan kembali

Apa yang mengejutkan ada beberapa pihak meninggalkan komen dengan menyangkal kenyataan bahawa remaja itu membeli ubat untuk datuknya kerana dia sememagnya bermasalah.

Dakwaan tersebut diperoleh daripada komen-komen yang ditulis di ruangan portal berita setelah kisah remaja berkenaan tular.

Komen dari satu akaun Facebook menggunakan nama Tik Masak telah tular setelah di menceritakan perihal sebenar dari side imam masjid berkenaan.

 

Manakala, ramai orang kampung juga menyuarakan pendapat yang sama.

   

Sedar komennya sedang hangat menjadi perbincangan di media sosial, Tik Masak telah tampil menjelaskan perkara sebenar penulisannya yang viral di ruangan komen beberapa portal media.

Menurutnya, remaja tersebut dikatakan telah menjual cerita tentang membeli ubat datuknya yang sakit.

Hakikat sebenar ialah dia merupakan penagih dadah jenis syabu dan pernah cuba menyerang datuknya dengan parang.

Senang kata remaja tersebut memang sudah bermasalah.

Tik Masak yang juga merupakan rakan kepada anak tok imam tersebut menyatakan fakta yang di perkatakan di mahkamah kurang tepat.

Ini kerana penduduk sekitar kawasa tersebut kenal dengan remaja bermasalah itu.

Bercakap mengenai rakaman video pula, tok imam yang teruk dihentam netizen itu sama sekali tidak menyuruh sesiapa rakam.

Dan mereka hanya memandikan dengan kapur barus sebagai pengajaran.

Remaja itu juga bernasib baik kerana tok imam tidak membenarkan orang ramai membelasahnya dan terus diserahkan kepada pihak polis setelah dimandikan.

Tak hanya itu, disebabkan kecaman netizen, imam masjid tersebut juga sudah melepaskan jawatan.

Dalam kenyataan Tik Masak lagi, dia sedikit berasa kasihan dengan sesetengah pihak yang terus membuka tabung sumbangan untuk membayar denda remaja tersebut.

Walau bagaimanapun dia turut lega kerana berkemungkinan dari duit sumbangan itu remaja terbabit sudah tidak perlu mencuri lagi kerana sudah mendapat duit yang banyak.

Jadi, di akhir penulisan panjang lebar pengguna Facebook itu, dia berharap orang ramai berhenti menfitnah imam berkenaan.

Ini kerana pihak imam tersebut sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-udang.

Terdahulu, video remaja tersebut dimandikan seperti jenazah tular di media sosial kerana tindakannya cuba mencuri tabung masjid.

Apa yang menjadi perdebatan ramai adalah rakaman imam masjid yang dikatakan bertindak kasar sewaktu memandikan tertuduh dan sengaja mengaibkan remaja itu.

Sumber: Facbook Tik Masak, Twitter @jllmisai, kredit foto Bernama Nur Aimidiyana Zuher