“Berat Badan Semakin Susut” Chef Turki Suka Senyum Sambil Masak Sedang Terlantar Sakit

Chef dari Turki, CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozdemir sangat terkenal dengan cara memasaknya sambil tersenyum.

konten masakan yang dia cipta di TikTok mencecah jutaan tontonan setiap kali dimuat naik.

Namun, baru-baru ini penampilan terkini chef selebriti terkenal berasal dari Turki, Burak Ozdemir atau CZN Burak menarik perhatian ramai apabila keadaan fizikalnya dilihat semakin merosot dan tidak bertenaga.

Burak telah memuat naik foto memaparkan dia sedang terlantar di atas katil menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Burak Özdemir (@cznburak)

Bagaimanapun, dia memaklumkan hanya menjalani pemeriksaan kecil selain tidak diberitahu secara terperinci mengenai rawatannya.

Di aplikasi Tiktok pula, Burak telah memuat naik video memaparkan dia sedang terbaring di atas katil menerima rawatan di sebuah pusat perubatan. Dalam video itu kelihatan  dirinya dipasang beberapa wayar perubatan sehingga membuatkan ramai bersedih.

https://www.tiktok.com/@cznburak/video/7095038411580443906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Lebih menyayat hati, di video yang lain beliau ada meninggalkan pesan kepada peminatnya.

“Jika anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat video-video yang ada.”

https://www.tiktok.com/@cznburak/video/7095816785542319361?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Ini menyebabkan ramai peminat risau dan tertanya-tanya keadaan kesihatan Chef  terkenal yang berasal dari kumpulan etnik Syria-Arab ini.

Memetik laporan MM News, Chef Burak dilaporkan menghidap tumor otak tetapi kebenarannya masih belum dapat disahkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kesejahteraan tukang masak itu dan berharap agar dia segera sembuh daripada penyakit yang dihidapnya.

Sumber: MM News, Instagram & TikTok CZN Burak