Berjaya menewaskan calon ‘senior’, Asif diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular. Ini kata2 Asif sampai kena tarik dgn Syahmi

KUALA LUMPUR: Remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Mula mengumpan peminat apabila muncul dalam Drama Spontan di YouTube disusuli filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pandemik COVID-19, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

“Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!.

“Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.

“Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.

“Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.

Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja

Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau

“Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas”

Filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kemenangan Asif

“Tahniah asif n syahmi yg byk membantu,ank2 istimewa ni”

“Samat pete, samat malee. Terima kasih datang majlis ini”

“Hahaha. Lucu bah dia ni. Tahniah Asif. Molek”

“Alhamdulillah thniah rezeki Asif”

sumber: kecoh ape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih