“Bukan Open House, Dah Macam Bagi Bantuan” Netizen Sedih Tengok Tetamu Rebut KFC Di Rumah Terbuka

Bagi warga kota, segelintir mereka meluangkan masa bagi menghadiri rumah terbuka menjelang hujung Syawal ini.

Apatah lagi jika diadakan di Dataran Merdeka, dapat juga disambut meriah dengan masyarakat lain.

Tapi lain pula situasi bagi sekumpulan pengunjung apabila terpaksa bersesak-sesak bagi mendapatkan sekotak Kentucky Fried Chicken (KFC) percuma di rumah terbuka anjuran sebuah organisasi dipercayai berlangsung semalam.

Video yang tukar itu telah mendapat reaksi pelbagai lapisan netizen, yang rata-rata memberikan pelbagai persepsi.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

   

Takde sistem memang kena serbu!

   

Bukan open house, macam bagi bantuan

   

Kesian pun ada, siapa la penganjur!

   

Patut utamakan keselamatan

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @hizamsanordin memuat naik satu video memaparkan aksi orang ramai berhimpit tanpa menjaga jarak fizikal untuk mendapatkan makanan segera itu dari sebuah gerai.

Meskipun beberapa petugas di situ cuba mengawal keadaan, namun pengunjung masing-masing dilihat terus berebut dan menolak antara satu sama lain sekali gus menimbulkan sedikit kekecohan.

“Nampaknya riuh di sini, ni kaunter berapa ni. Gila ramai kaw-kaw, belakang ni semua belum dapat. Bawa bersabar,” kata pemilik video berkenaan.

Malah video berdurasi hampir tiga minit itu juga memaparkan reaksi segelintir individu yang ‘menahan kesakitan’ dipercayai akibat berhimpit serta kecewa apabila dimaklumkan bungkusan sudah habis diedarkan.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 233,000 tontonan itu dihujani lebih 1,000 komen yang rata-rata kesal melihat situasi itu berlaku dalam negara ini.

Netizen berkata, mereka sanggup kelaparan daripada bersesak-sesak selain menyalahkan pihak penganjur yang tidak menetapkan peraturan seperti memberi arahan untuk beratur atau sebagainya.

Jangan pertikai mereka yang berebut, benda percuma siapa tak nak kan? Mungkin ada yang tak mampu beli KFC. Dalam situasi ni, pihak penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

https://www.tiktok.com/@hizamsanordin/video/7102637245588458779?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Sumber: TikTok @hizamsanordin