“Cantik Sangat, Nampak Sopan” – Yb Non Muslim Berhijab Santuni Penduduk Dalam Masjid Terima Pujian Netizen

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mencuri tumpuan wargamaya apabila hadir ke Hari Terbuka bersama penduduk di Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Bandar Manjalara.

Menerusi laman sosial Twitter, Hannah yang tampil berbaju kurung dan berh1jab berkongsi momen sewaktu menyantuni seorang penduduk di dalam masjid untuk tatapan umum.

Malah, penampilannya yang berh1jab itu membuatkan ada yang tidak mengenalinya.

“Menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara #Segambut. Gembira melihat penduduk pelbagai kaum melawat masjid hari ini. Video – uncle ini tak cam saya kerana saya berselendang,” tulis Hannah di ruangan kapsyen.

https://twitter.com/hannahyeoh/status/1464903638317355010?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1464903638317355010%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=http%3A%2F%2Ftrendingsangat.pw%2F2021%2F11%2Fcantik-sangat-nampak-sopan-yb-non-muslim-berhijab-santuni-penduduk-dalam-masjid-terima-pujian-netizen%2F

Menerusi perkongsian berdurasi 17 saat itu, seorang warga emas berbangsa Cina memetik nama Hannah namun tidak perasan dia sebenarnya sedang bercakap dengan tuan empunya badan.

Warga emas tersebut turut mengambil peluang bergambar dengan Hannah selepas dia menyatakan Hannah kelihatan seperti seorang wanita Melayu.

Sementara itu di ruangan komen, cara Hannah meraikan kepelbagaian agama dan beramah mesra dengan penduduk mendapat pujian wargamaya.

“Saya suka inisiatif komite masjid ini. Waktu Ramadan pun, mereka anjurkan bazar Ramadan di kawasan mereka. Orang bukan beragama Islam boleh datang dan membeli makanan di sana. Ini menunjukkan bila pintu sentiasa terbuka, ia dapat membantu mengubah stigma sesama masyarakat,” komen seorang wargamaya.

“Salah satu cara saling santun menyantuni rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Macam orang-orang tua di kampung. Let’s bring the vibes,” kata seorang wargamaya.

“You look beautiful YB. I’m speechless when you wearing hijab. Really look like a Malay girl,” tulis seorang wargamaya.

“Terima kasih YB. Kita saling memahami dan menghormati budaya dan amalan agama sesama kita. Melayu ni ada sopan dan santunnya, budi dan bahasanya, sama macam dikalangan tionghua dan lain-lain,” luah seorang wargamaya.

“Saya suka semangat ni. Datanglah ziarah masjid kami. Hanya perlu pakai pakaian yang sesuai,” ujar seorang wargamaya.

“Cantik sangat. Nampak simple, sopan dan natural je,” puji seorang wargamaya.

“Thank you YB for promoting unity. We love politician like you,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan dan 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Berikut sedikit info mengenai Hannah Yeoh

YB Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 9 Januari 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi N31 Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.[2]. Yeoh didahului oleh bekas ADUN, Datuk Lee Hwa Beng (daripada Barisan Nasional), yang memutuskan untuk bertanding kerusi parlimen.

Pernah mengalas sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM)

Latarbelakang

Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: