“Cukup-Cukuplah Kecam Dia..”, Wanita Ini Dedahkan Ada Kisah Disebalik Video Yang Tular

Beberapa hari lepas,  Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ametystnb_ telah berkongsi beberapa video di media sosial berkenaan suasana ketika menaiki bas ekspres dari Kota Bahru.

Menerusi video tersebut, gadis yang juga merupakan salah seorang penumpang bas tersebut telah berjaya merakam situasi itu selepas berasa tidak senang hati mendengar seorang wanita yang selamba menyumpah seranah anaknya.

Wanita yang berada di bahagian belakang tempat duduknya tidak henti-henti memaki hamun dua orang anaknya yang masih kecil dengan kata-kata kurang baik.

Perkara ini menyebabkan ramai penumpang tidak selesa, lantas seorang penumpang yang juga anggota polis menegurnya kerana tidak menjaga tutur kata dengan anak-anak.

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103146232947789082?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Lepas pakcik polis ni tegur terus cakap baik-baik dengan anak dia ye siap guna “sayang”.

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103095047129746715?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Ada kisah di sebalik video yang viral itu

Disebabkan video tersebut tular, ramai yang memberikan pendapat dan ada juga mengecam tindakan wanita tersebut yang berlaku kasar kepada anak-anak yang masih kecil.

Selepas ia menjadi perbualan ramai, satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shira Ira menjadi perhatian.

Rupanya Mak Mertua Halau Dari Rumah

Menerusi perkongian panjang lebarnya, dia memaklumkan yang wanita tersebut sebenarnya berada dalam keadaan sangat tertekan. Shira Ira secara kebetulan telah tergerak hati membantu mereka anak beranak sewaktu di Temerloh.

Menurut cerita wanita itu, dia telah dihalau oleh ibu mertua dari rumah selepas suaminya dimasukkan ke dalam lokap atas kesalahan dadah.

Tambahnya, dua orang anak yang dibawa menaiki bas adalah anak hasil perkahwinan pertama dan ibu mertuanya tidak suka anak mereka.

Beri bantuan dan nasihat

Pengguna Facebook itu juga menjelaskan sebenarnya dia membantu wanita berkenaan sebelum video di dalam bas tersebut viral.

Dia telah memberikan sedikit bantuan serta memberikan telekung supaya wanita itu dapat menunaikan kewajiban.

Malu dengan video viral tu. Setelah menyedari videonya viral, dia akui sangat malu kerana dia amat menyayangi anak-anaknya namun tidak sedar berbuat demikian kerana sangat tertekan.

Namun, selepas dua hari di Temerloh, dia meminta bantuan untuk menghantarnya ke terminal bagi menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Setakat ini, wanita tersebut sudah pun berada di Kuala Lumpur dan merancang untuk mencari pekerjaan serta tempat tinggal untuk membesarkan anak-anaknya.

Jadi, di akhir penulisan panjang lebar Shira Ira, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan wanita itu serta anak-anaknya.

Dia juga berharap supaya netizen menghentikan kecaman kepada wanita berkenaan kerana kita tidak berada di tempatnya kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita terbabit.

Mereka juga berharap supaya dia terus kuat dan tabah melalui kehidupan ini serta tidak menjadikan anak-anak tempat melepaskan emosi walaupun perlu berhadapan dengan dugaan yang amat berat.

Haslinda : Semoga Allah bantu dan permudahkan urudan akak nie. Kesiann dia. I feel her

Nurul Ain; semoga dipermudahkan urusan kak tu, dimurahkan rezeki. Jaga hubungab dengan Allah.

Zul: Orang yg tgh bermasalah tolong jangan ditambah masalah dia

Sumber: TikTok @amethystnb_, Facebook Shira Ira