Nak nikah Disember, Rupanya Vida belum Berani Beritahu Cik B

PETALING JAYA – “Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai.”

Demikian kata taikun kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, berhubung kesahihan khabar angin kononnya akan menamatkan zaman janda dengan lelaki muda bernama Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Vida ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) disebabkan virus Covid-19 sudah ditamatkan pada Disember, dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang.

“Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

“Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang akan hadir membuat liputan tetapi media Indonesia turut akan berpusu-pusu membuat liputan,” katanya yang pernah ditemu bual media Indonesia, Trans7 setahun lalu.

Kata Vida, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk dipermudahkan urusan jodoh dan akhirnya, dia sudah membulatkan tekad untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun.

“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Ditebak tentang penerimaan anak-anak dengan perancangan perkahwinan sekali lagi ini, Vida mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B atau sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.

Malam tadi, menerusi sesi IG Live, perkongsian Vida menarik perhatian ramai apabila berkongsi jangkaan tarikh perkahwinan dengan Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respons ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas yang berbunyi : “Bulan 12”.

Biodata Ahmad Iqbal

Siapa Ahmad Iqbal Zulkefli? Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA dan berpengalaman sebagai pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selama empat tahun.

Beliau menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas mendakwa hubungannya dengan Vida pernah melalui fasa percintaan hingga hampir mendirikan rumah tangga.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Ahmad Iqbal Zulkefli

Nama panggilan: Iba, Iqbal

Umur: 27 tahun (2021)

Tarikh lahir: 12 September 1994

Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas,

Kelantan (Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil  Tinggi Agama Malaysia)

Kelulusan: Diploma dalam jurusan Penulisan

Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan

Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak ketiga daripada lapan orang adik beradik

Instagram (IG): @ahmadiqbalzulkefli.

Fakta Menarik

Iqbal pernah menjalin kerjasama dengan lebih 15 buah syarikat sebelum bekerja sebagai pembantu peribadi Vida. Dakwanya, sebelum tamat belajar dia telah ditawarkan dengan lima peluang pekerjaan dengan gaji berjumlah RM5000 ke atas!

Mula berkenalan dengan Vida selepas merangkul kemenangan dalam pertandingan video kreatif anjuran usahawan itu. Dia kemudian ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Peribadi dan Pegawai Media.

Kelibatnya mula sampai ke mata awam selepas gambar-gambarnya di sisi Vida menjadi tular di alam maya.

Empat tahun bergelar pembantu peribadi kepada usahawan sensasi itu, Iqbal kini aktif menjadi ahli perniagaan yang mengemudikan syarikat IBA Revolution Sdn Bhd.

Memulakan bisnes sendiri dengan bermodalkan RM500, Iqbal dikenali menerusi penghasilan dua jenama produk iaitu Iba Skin Care dan Iba Perfumes.

Sisi lain, Iqbal berhasrat melihat potensinya dalam dunia perfileman menyinar menerusi kerjaya sebagai seorang pengarah, jika mendapat peluang suatu hari nanti.

Di waktu lapang, dia mempunyai hobi yang berkaitan dengan gajet, media dan teknologi, selain gemar membaca dan bermain dengan kucing serta kanak-kanak.

Sumber News Tel / Two-e.kesah.com, iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri