Selepas Dato Seri Vida Dedahkan Tidak Akan Tolak Cinta Shuib Jika Ada Peluang, Tiba Tiba Boss James Bagi Satu Komen Yg Cecah 11 Ribu Likes

Menurut laporan dari media Harian Metro, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

RAPAT DENGAN ANAK ANAK SHUIB

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.

Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

11 Ribu Likes Untuk Komen Boss James

Boss James boleh dikatakan seorang selebriti media sosial yang dikenali ramai. Video video beliau yang selalu mendapat tontonan tinggi samada di Instagram atau di Tiktok.

Selepas DSV membuat kenyataan tentang bercinta dengan Shuib dan ianya disiarkan di laman Facebook Harian Metro.

Boss James telah meninggalkan 1 komen yang mendapat 11 ribu likes. Ianya mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Jangan susah kan Shuib DS … mai sini … saya muda lagi, Anak pun xda , ori lagi , full package tau” – Boss James

Kredit: HMETRO ONLINE

Artikel: AwatttSyeikhh Network