Pemuda Hasilkan Potret Wajah Siti Sarah Menggunakan 400 Kiub Rubik. Hasilnya Sangat Mengagumkan

SEPERTI yang kita tahu, aplikasi TikTok sangat memberikan manfaat dari segi pembikinan konten-konten yang menarik.  Bukan itu sahaja, ia juga menjadi salah satu platform untuk berkarya atau pun bagi menunjukkan bakat terpendam masing-masing.

Sejajar dengan itu, menerusi satu video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok, seorang pengguna telah menunjukkan bakat yang luar biasa apabila beliau berjaya menghasilkan potret wajah pelawak terkenal iaitu Shuib dan Allahyarham isterinya Siti Sarah.

Dengan menggunakan hashtag Siti Sarah, difahamkan lelaki tersebut yang juga menggunakan nama sebagai Abam Takaful menunjukkan potret wajah mereka berdua di paparan skrin telefon miliknya sebelum dihasilkan menggunakan lebih kurang 400 kiub rubik.

Difahamkan juga, beliau mengambil masa selama satu hari untuk menyiapkan wajah potret tersebut dan hasilnya cukup memberangsangkan.

Ikuti video penuh di bawah;

@abam.takaful

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwaaaaaa

Rata-rata ramai netizen yang menonton video tersebut berpuas hati dengan seni karya yang ditonjolkan. Walaupun difahamkan bakat sebegini telah banyak ditunjukkan di luar negara akan tetapi ia menjadi satu kebanggaan buat Malaysia apabila berjaya melahirkan bakat-bakat yang serupa seterusnya setanding dengan luar negara.

Video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 221.3k serta 38.2k likes.

Sangat berbakat kata netizen

Ada juga netizen mengatakan satu kiub pun susah inikan pula 400 kiub rubik malah dihasilkan pula potret.

Bakat yang perlu diketengahkan

Pihak Shuib turut mengucapkan terima kasih serta memuji hasil karya pemuda tersebut.

Sementara itu, video tersebut meraih sebanyak 221.3k tontonan dan 28.2k likes dan berharap agar beliau dapat terus berkarya dan menghasilkan banyak lagi karya-karya seni yang menakjubkan.  Sama-sama kita nantikannya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: